KUALA LUMPUR, 28 Sept – Kumpulan penyiasat antarabangsa diketuai Belanda merumuskan pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh menggunakan pelancar peluru berpandu Buk yang dibawa dari Rusia ke Ukraine.

Ketua Jabatan Penyiasatan Jenayah Pusat Belanda, Wilbert Paulissen berkata sistem pertahanan peluru berpandu Buk itu kemudian diangkut balik ke Rusia.

Tragedi tersebut mengorbankan kesemua orang yang berada dalam pesawat.

“Berdasarkan siasatan, Penerbangan MH17 ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu BUK 9M38-Series, dari wilayah Rusia,” kata beliau di Nieuwegein, Belanda.

SPREAD TEMPLATE

Pesawat MH17 ditembak semasa berada pada ketinggian 33,000 kaki dan terhempas di kawasan Ukraine yang bergolak dekat sempadan Rusia.

Pesawat Boeing B777 itu, dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur membawa 298 penumpang termasuk anak kapal, ditembak jatuh pada 17 Julai, 2014.

Terdapat 193 penumpang warga Belanda dan 44 warga Malaysia dalam pesawat malang itu. Identiti kesemua mangsa warga Malaysia telah dikenal pasti.

Sepatutnya ada foto MH17

Tahun lepas, pengerusi Lembaga Keselamatan Belanda Tjibbe Joustra mengesahkan MH17 ditembak jatuh dengan pelancar peluru berpandu Buk darat ke udara.

Pada Ogos lepas, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau menjangka laporan hasil siasatan penyiasat antarabangsa diumumkan sebelum akhir tahun.

Najib berkata Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) terdiri daripada lima negara – Australia, Belgium, Belanda, Malaysia dan Ukraine akan mengadakan mesyuarat untuk memutuskan pelan tindakan membawa pelaku jenayah itu ke muka pengadilan selepas laporan itu disiarkan.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini