in ,

“Tahu-Tahu Saya Kena Tendang!” – Syafiq Farhain

Penyanyi Syafiq Farhain mendedahkan dia pernah menerima pelawaan untuk menyertai kumpulan legenda Iklim kira-kira dua tahun lalu, namun projek yang dirancang itu akhirnya tidak menjadi apabila ia dihentikan secara tiba-tiba.

Menurut anak kepada Allahyarham Saleem itu, perbincangan mengenai projek berkenaan sudah pun berada pada tahap serius termasuk sesi rakaman demo dan perancangan awal konsert.

BUZZ RINGKAS
SIAPA
Syafiq Farhain.

APA
Mendedahkan pernah menerima tawaran untuk bersama kumpulan Iklim.

BILA
Sekitar dua tahun yang lalu.

DI MANA
Majlis pelancaran single Cerita Luka.

KENAPA
Kerjasama tidak diteruskan selepas projek dihentikan di tengah proses perancangan.

Projek Sudah Masuk Fasa Serius

Syafiq berkata, tawaran tersebut hadir selepas salah seorang vokalis Iklim sebelum ini meninggalkan kumpulan itu, dan beberapa perancangan telah mula disusun bersama.

“Mereka ajak saya jadi vokalis Iklim selepas Azmani keluar. Masa itu memang dah ada perancangan dan kertas kerja.

“Kami juga pernah bermesyuarat, rakam demo dan bincang hala tuju projek termasuk idea konsert.

“Tapi akhirnya, di tengah jalan semuanya berhenti begitu sahaja,” katanya.

Dikeluarkan Dari Kumpulan WhatsApp

Lebih mengejutkan, Syafiq mendakwa dia tidak lagi berada dalam kumpulan WhatsApp yang digunakan untuk urusan projek tersebut tanpa sebarang penjelasan terperinci.

“Saya sendiri tak pasti apa sebabnya. Bukan isu hak cipta atau hal keluarga. Tiba-tiba saya dah tak ada dalam group WhatsApp.

“Bila saya tanya, jawapan yang diberi cuma kami tak sehaluan. Itu sahaja,” jelasnya.

Perbezaan Hala Tuju

Syafiq berpendapat kemungkinan wujud perbezaan dari segi pendekatan kerjaya menjadi punca kerjasama itu tidak diteruskan.

“Mungkin mereka nak saya jadi ahli tetap Iklim, tapi dari awal saya dah cakap saya hanya boleh buat projek kolaborasi.

“Saya ada perjalanan sendiri dan komitmen lain. Jadi tak semua perkara boleh ikut sepenuhnya. Mungkin itu yang jadi isu,” katanya.

Teringat Kata-Kata Arwah Saleem

Dalam masa sama, Syafiq mengakui pengalaman itu membuatkan dia lebih memahami apa yang pernah diceritakan oleh arwah bapanya mengenai dunia kumpulan tersebut.

“Bila jadi macam ini, saya teringat arwah. Dia pernah cakap, dia dah lama dalam Iklim dan dia tahu situasi dalamnya.

“Bila saya sendiri lalui, baru saya faham maksud dia. Tapi saya bukan nak buka cerita sensitif, cuma berkongsi pengalaman saya,” katanya.

Terbuka Untuk Bekerjasama Semula

Walaupun pengalaman itu agak mengecewakan, Syafiq menegaskan dia tidak menyimpan sebarang rasa tidak puas hati dan masih terbuka untuk bekerjasama semula jika keadaan sesuai.

“Saya tiada masalah. Kalau satu hari nanti mereka nak berbincang semula secara baik, saya okey.

“Cuma biarlah perancangan itu jelas dan benar-benar berjalan. Saya tak mahu nama saya digunakan untuk projek yang akhirnya tak jadi,” katanya.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

“Saya Tak Tahu Bila Lagi…” – Siti Nurhaliza Sebak Gema Bumantara Jadi Kenyataan

MIC DROP Himpunkan Pelawak Terbaik Asia