in ,

WONDA Dekatkan Peminat Dengan Harimau Malaya

Sempena kemeriahan musim bola sepak yang kembali mencuri perhatian peminat di seluruh dunia, WONDA Coffee melancarkan kempen Semarakkan Sokongan Bersama WONDA bagi meraikan semangat penyokong Harimau Malaya dan budaya bola sepak yang cukup dekat di hati rakyat Malaysia.

Kempen ini mengetengahkan bagaimana secawan kopi sering menjadi peneman peminat ketika berjaga malam menyaksikan perlawanan, berkumpul di restoran mamak atau menghabiskan masa bersama keluarga dan rakan-rakan sambil membincangkan aksi di atas padang.

BUZZ RINGKAS

KEMPEN
Semarakkan Sokongan Bersama WONDA.

TARIKAN
Iklan TV, dokumentari Astro Arena, kandungan digital dan peraduan.

ISTIMEWA
Menampilkan pemain Harimau Malaya serta pelakon Amir Ahnaf.

HADIAH
Jersi bertandatangan dan barangan eksklusif WONDA x Harimau Malaya.

MATLAMAT
Meraikan semangat penyokong bola sepak Malaysia.

Dibintangi Bintang Harimau Malaya & Amir Ahnaf

Antara tarikan utama kempen ini ialah sebuah iklan televisyen sinematik yang diterbitkan bersama Astro Shaw.

Iklan tersebut menampilkan pemain kebangsaan Akhyar Rashid, Syafiq Ahmad dan Safawi Rasid bersama pelakon Amir Ahnaf yang kembali membawa watak Kahar daripada filem Kahar: Kapla High Council.

Kempen itu turut diperluaskan menerusi televisyen, radio, platform digital serta pelbagai aktiviti promosi di seluruh negara.

Menurut Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn. Bhd., Amy Gan, bola sepak mempunyai keupayaan menyatukan rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang.

“Bola sepak bukan sekadar satu permainan. Ia adalah sesuatu yang menyatukan rakyat Malaysia untuk menikmati, berbincang dan memberi sokongan bersama.

“Sebagai rakan penyokong bola sepak Malaysia, WONDA Coffee mahu menghargai para penyokong serta detik-detik yang menjadikan sukan ini begitu istimewa. Sama ada berjaga sehingga lewat malam atau mengikuti perkembangan perlawanan pada keesokan paginya, WONDA Coffee sentiasa menemani rakyat Malaysia sepanjang musim bola sepak,” katanya.

Selami Kisah Pemain Harimau Malaya

Selain iklan televisyen, WONDA Coffee turut memperkenalkan Kisah Di Sebalik Harimau, sebuah siri dokumentari lima episod yang disiarkan di Astro Arena.

Dokumentari itu menampilkan pemain kebangsaan Faisal Halim, Fergus Tierney dan Syafiq Ahmad yang berkongsi kisah perjalanan, cabaran dan pengorbanan mereka sebelum berjaya menyarung jersi Harimau Malaya.

Siri tersebut memberi peluang kepada peminat mengenali sisi peribadi pemain di luar padang sekali gus menghargai usaha yang dilakukan demi negara.

Ringkasan Bola Sepak Setiap Pagi

Sebagai penaja rasmi program pagi FLYFM, WONDA Coffee turut memperkenalkan segmen WONDA Football Line.

Segmen berdurasi 90 saat itu membawakan rumusan aksi bola sepak malam sebelumnya termasuk jaringan menarik, aksi terbaik dan detik-detik yang menjadi bualan peminat.

Pendengar juga berpeluang berkongsi pandangan, membahaskan keputusan perlawanan serta mendedikasikan lagu kepada pasukan kegemaran mereka.

Menang Hadiah Eksklusif

Kempen ini turut diserikan dengan pelbagai pertandingan media sosial yang menawarkan jersi Harimau Malaya bertandatangan dan barangan edisi terhad WONDA x Harimau Malaya.

Menerusi kerjasama bersama myNEWS pula, pelanggan yang membeli enam tin WONDA Coffee boleh menebus pemegang kad magnet edisi terhad WONDA x Harimau Malaya melalui aplikasi myNEWS.

Raikan Semangat Penyokong

Melalui kempen Semarakkan Sokongan Bersama WONDA, jenama kopi tempatan itu terus mengiktiraf peranan penyokong sebagai nadi kepada bola sepak negara.

Di sebalik setiap sorakan, setiap jaringan dan setiap kemenangan, semangat penyokong sentiasa menjadi kekuatan yang menghidupkan sukan paling popular dunia ini.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

7 Minit Je Dah Licin! Tiket FURY Championship Vol. II Laku Keras!

StarDream Cruises Mansuh Caj Bahan Api?