in ,

Siti Khadijah Halim Nafi Cinta Lokasi Dengan Amir Ahnaf

Pelakon Siti Khadijah Halim, 29, menjelaskan hubungannya dengan Amir Ahnaf setakat ini hanya sebagai sahabat dan rakan sekerja, sekali gus menafikan dakwaan mereka menjalinkan hubungan cinta di luar set penggambaran.

Menurutnya, dia tidak pernah menjadikan kisah percintaan atau gimik cinta lokasi sebagai strategi untuk menarik perhatian penonton terhadap drama mahupun filem lakonannya.

“Jujurnya saya memang berkawan sahaja dengan dia. Kalau ada rezeki, adalah. Saya peribadi tak pernah sekali pun nak ‘jual cinta’ untuk promosi projek,” katanya ketika ditemui pada pelancaran kedai fizikal pertama NADA.

Bagi pelakon drama Khadam itu, keutamaan ketika bekerja bersama rakan pelakon ialah menghasilkan karya yang baik serta membina persahabatan profesional. Keserasian yang ditampilkan di hadapan kamera pula mungkin membuatkan penonton melihat hubungan mereka sebagai lebih daripada sekadar rakan sekerja.

BUZZ RINGKAS

SIAPA: Siti Khadijah Halim dan Amir Ahnaf

APA: Siti Khadijah menjelaskan hubungan mereka sekadar sahabat dan rakan sekerja

ISU: Dakwaan cinta lokasi dan tindakan peminat memadankan mereka

PENJELASAN: Siti Khadijah menegaskan tidak pernah menggunakan kisah cinta untuk mempromosikan karya

FOKUS KINI: Memberi tumpuan kepada kerjaya dan tidak tergesa-gesa mencari pasangan hidup

Anggap Pengakuan Amir Sekadar Pujian

Mengulas mengenai Amir yang pernah mengakui secara terbuka di media sosial bahawa Siti Khadijah ialah crush atau wanita pujaan hatinya, pelakon itu tidak menganggap kenyataan berkenaan sebagai pengakuan cinta yang serius.

“Saya ada nampak sesi live itu. Pada saya, ungkapan ‘crush’ itu sekadar pujian biasa sahaja. Ia tidak membawa maksud apa-apa yang serius,” katanya.

Siti Khadijah turut menegaskan bahawa dia tidak melihat kenyataan tersebut sebagai petunjuk bahawa hubungan mereka sudah berubah daripada persahabatan kepada percintaan.

Sudah Biasa Dengan Peminat Yang Suka Memadankan Pelakon

Menyentuh tindakan peminat yang sering mengaitkan dua pelakon sebagai pasangan, Siti Khadijah menyifatkan perkara itu sebagai lumrah dalam industri hiburan.

Katanya, fenomena peminat memadankan pelakon bukan sesuatu yang baharu, khususnya apabila mereka berjaya menjiwai watak dan menunjukkan keserasian ketika bergandingan.

“Bukan zaman sekarang sahaja, zaman sebelum ini pun penonton dah biasa ‘ship’ kan pasangan pelakon. Bila penonton terbawa-bawa dengan watak kami, bagi saya itu perkara normal,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa dinamik ketika bekerja bersama Amir mungkin menjadi antara sebab orang ramai melihat mereka kelihatan lebih mesra.

Menurutnya, kedua-duanya mempunyai perwatakan yang agak dominan, manakala kehadiran Amir yang kerap di lokasi penggambaran menyebabkan mereka sering dilihat bersama.

Tidak Tergesa-gesa Mencari Pasangan Hidup

Dalam perkembangan sama, Siti Khadijah mengakui jadual kerjanya yang padat menjadi antara tumpuan utama dalam kehidupan sehariannya ketika ini.

Walaupun terbuka untuk berkenalan dengan orang baharu, dia tidak meletakkan tekanan kepada diri sendiri untuk mencari pasangan hidup dalam masa terdekat.

“Hari-hari saya sibuk dengan kerja. Untuk berkenalan dengan sesiapa itu ada, tetapi saya tak mencari secara beria-ia.

“Saya percaya orang yang tepat akan hadir pada waktu yang tepat. Lagipun siapalah kita untuk menolak ketentuan Tuhan, sebab yang memegang hati kita ialah Allah,” katanya.

Buat masa ini, Siti Khadijah memilih untuk memberikan perhatian kepada kerjaya sambil membiarkan soal jodoh berjalan mengikut ketentuan.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

“Aku Pun Nak Minta Maaf Sebab…” Jep Sepahtu Dedah Tindakan Terhadap Shuib