in ,

Takhta Hero Dewi Remaja 2023 Milik Aiman Ameer & Nurel Bahrin

Selepas lapan minggu bersiaran, pencarian Hero Dewi Remaja 2023 akhirnya melabuhkan tirai selepas menobatkan Aiman Ameer sebagai Hero Remaja dan Nurel Bahrin sebagai Dewi Remaja 2023.

Kedua-dua juara tahun ini masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000  beserta sebuah trofi dan Dewi Remaja 2023 turut menerima sebuah mahkota.

Tracie Sinidol selaku Dewi  Remaja 2022 dan Mierul Aiman selaku Hero Remaja 2021 dipertanggungjawabkan untuk memahkotakan kedua-dua juara tersebut sebagai penerus legasi kemenangan mereka. 

Naib Juara Hero Remaja 2023 disandang oleh Fitri manakala Naib  Juara Dewi Remaja 2023 dimiliki oleh Arabella dan masing-masing menerima wang tunai bernilai RM7,000 dan  sebuah trofi. 

Selain Juara Hero dan Dewi Remaja 2023, beberapa kategori anugerah lain turut diberikan pada malam tersebut.

Pemenang kategori Hero dan Dewi Inspirasi yang telah dipilih secara eksklusif oleh penaja, Yaya Nadia Empire dimeangi oleh Aiman Ameer dan Adrina dimana mereka menerima kontrak kerjasama bernilai RM20,000 berserta sebuah trofi.

Bagi kategori yang dipilih menerusi hasil undian peminat, Hero Favourite dan Dewi Favourite disandang oleh Razin Qidran dan Nurel Bahrin. Manakala bagi kategori Best Chemistry Duo dimenangi oleh Jay Iskandar dan Arabella. Kesemua pemenang kategori ini  masing-masing membawa pulang wang tunai bernilai RM1,000 dan sebuah trofi.

Selain itu, menerusi hasil undian peminat di laman web REMAJA (www.remaja.my), kategori Hero  Favourite dan Dewi Favourite disandang oleh Razin Qidran dan Nurel. Manakala, kategori Best  Chesmistry Duo pula dimenangi oleh Jay Iskandar dan Arabella. Kesemua pemenang kategori ini  masing-masing membawa pulang wang tunai bernilai RM1,000 dan sebuah trofi. 

Pada malam finale Hero Dewi Remaja 2023, para peserta telah dinilai secara oleh barisan juri yang  cukup berpengalaman iaitu Scha Alyahya selaku juri tetap dan mentor rancangan ini bersama dua juri  jemputan, Datuk Aznil Hj Nawawi dan Datuk Yusry Abdul Halim. 

Pencarian Dewi Remaja yang memasuki edisi ke-13 ini telah dianjurkan oleh Nu Ideaktiv dengan  kerjasama Astro sebagai penyiar rasmi.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

“Mahu Kerja Dengan Saya, Harus Bawa Orang Saya”, Ziana Zain Tetapkan Syarat Sebelum Bikin Konsert

Ungu Bakal Gegarkan Pesta Muzik Kuantan 24 Februari Ini