in ,

StarDream Cruises Mansuh Caj Bahan Api?

StarDream Cruises mengumumkan berita gembira buat pencinta pelayaran apabila syarikat itu memansuhkan sepenuhnya caj bahan api bagi semua pelayaran yang berlepas dari Malaysia dan Singapura bermula 26 Jun 2026.

Pengumuman itu dibuat selepas syarikat berkenaan menilai semula keadaan operasi semasa serta kestabilan harga bahan api global yang semakin bertambah baik.

Langkah tersebut dijangka memberi nilai tambah kepada para penumpang yang memilih bercuti bersama Genting Dream, Star Voyager dan Star Navigator.

BUZZ RINGKAS

BERITA BAIK
Caj bahan api dimansuhkan untuk pelayaran dari Malaysia dan Singapura.

BERKUAT KUASA
26 Jun 2026.

PASARAN LAIN
Taiwan dan Hong Kong menerima pengurangan caj sebanyak 50%.

SEBAB
Harga bahan api global semakin stabil.

Penumpang Malaysia Nikmati Pengecualian Penuh

Melalui pelaksanaan baharu itu, tetamu yang menaiki kapal dari Malaysia dan Singapura tidak lagi dikenakan caj bahan api tambahan.

Bagi pelayaran yang berlepas dari Taiwan dan Hong Kong pula, caj bahan api dikurangkan sebanyak 50 peratus daripada kadar semasa.

Kemudahan ini akan berkuat kuasa untuk semua pelayaran yang berlepas mulai 26 Jun 2026.

Harga Bahan Api Semakin Stabil

Presiden StarDream Cruises, Michael Goh berkata keputusan tersebut dibuat selepas harga bahan api menunjukkan perkembangan yang lebih stabil berbanding sebelum ini.

Beliau berkata syarikat sentiasa mengamalkan pendekatan telus dalam pelaksanaan caj bahan api dan hanya mengenakannya apabila benar-benar diperlukan.

“Apabila harga bahan api terus menunjukkan kestabilan, kami berbesar hati untuk mengurangkan dan, jika boleh, memansuhkan sepenuhnya caj bahan api di beberapa pasaran operasi kami.

“Kami sentiasa mengamalkan pendekatan yang telus terhadap caj bahan api dengan hanya memperkenalkannya apabila benar-benar perlu serta menyemaknya secara berkala. Apabila keadaan operasi bertambah baik, kami percaya manfaat tersebut wajar dikongsi bersama para tetamu kami,” katanya.

Komited Beri Nilai Terbaik Kepada Tetamu

Menurut StarDream Cruises, struktur caj baharu itu mengambil kira keperluan operasi di setiap pasaran serta perubahan semasa dalam industri pelayaran.

Syarikat itu turut memaklumkan akan terus memantau pergerakan harga bahan api global dan menyemak semula pelaksanaan caj tersebut dari semasa ke semasa.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen StarDream Cruises dalam memastikan pelanggan terus menikmati pengalaman pelayaran yang berkualiti dengan nilai yang lebih baik.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

WONDA Dekatkan Peminat Dengan Harimau Malaya

Aniq Suhair Ambil Kelas Cakap Perak?