Kurang seminggu dibuka, tiket Super Early Bird untuk FURY Championship Vol. II sudah habis dijual dalam tempoh hanya tujuh minit.
Sambutan luar biasa itu memberi gambaran awal bahawa edisi kedua kejohanan sukan tempur tersebut bakal menjadi antara acara paling hangat dalam kalendar sukan tempatan tahun ini.
Dengan gabungan petarung Malaysia dan antarabangsa serta perebutan gelaran sulung Fury Muay Thai Lightweight Championship, ramai peminat dilihat tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan aksi tersebut secara langsung.
FURY Championship Vol. II.
APA
Kejohanan sukan tempur dan Muay Thai.
BILA
25 Julai 2026.
DI MANA
Karisma Arena, Negeri Sembilan.
MENGAPA
Menghimpunkan petarung tempatan dan antarabangsa dalam satu malam penuh aksi.
BAGAIMANA
Melalui 12 pertarungan termasuk perebutan gelaran Fury Muay Thai Lightweight Championship.

Tumpuan Terarah Kepada Perebutan Gelaran Pertama
Kemuncak acara pastinya tertumpu kepada perlawanan antara Izat Zaki dari Malaysia dan Brian Lawitan dari Indonesia.
Pertembungan itu bakal menentukan juara pertama Fury Muay Thai Lightweight Championship, sekali gus menjadi antara pertarungan yang paling dinanti peminat sukan tempur serantau.
Selain itu, beberapa lagi aksi menarik membabitkan petarung dari Thailand, Indonesia, Afghanistan, Maghribi dan Britain turut melengkapkan kad pertarungan pada malam tersebut.
Malaysia Bertemu Dunia
FURY Championship Vol. II menampilkan deretan petarung tempatan yang bakal menguji kemampuan mereka menentang pencabar antarabangsa.
Antara nama yang bakal beraksi termasuk Kilat Boy, Baby Legion, Danial Kereta Kebal, Sabri Thaivisix, Asura Thiagesh dan Putih Pretty Boy.
Gabungan nama-nama ini dijangka memberikan aksi penuh intensiti yang menjadi tarikan utama peminat Muay Thai dan sukan tempur.

Tiket Early Bird Masih Dibuka
Susulan sambutan hangat terhadap kategori Super Early Bird, tiket Early Bird kini masih boleh didapati sehingga 30 Jun 2026.
Harga tiket bermula serendah RM39.90 bagi kategori Hoder, RM59.90 untuk Valkyrie, RM89.90 untuk Frigga dan RM109.90 bagi kategori Thor.
Bermula 1 Julai nanti, semua kategori akan dijual pada harga normal.

Tak Dapat Hadir? Tonton Dari Rumah
Bagi peminat yang tidak dapat hadir ke Karisma Arena, kejohanan ini turut boleh disaksikan menerusi siaran Pay-Per-View (PPV) di platform Tonton.
Akses PPV kini ditawarkan pada harga promosi Early Bird RM11.90 sehingga 30 Jun sebelum harga normal RM16.90 bermula 1 Julai hingga hari kejohanan.
FURY Championship Vol. II akan berlangsung pada 25 Julai 2026 di Karisma Arena, Negeri Sembilan.
Tiket boleh didapati menerusi Wowtix manakala akses PPV boleh dibeli melalui platform Tonton.


GIPHY App Key not set. Please check settings