Francais animasi tempatan, Ejen Ali, bakal meraikan sedekad perjalanan menerusi konsert orkestra berskala besar, Ejen Ali In Concert, yang akan berlangsung pada 28 dan 29 November 2026 di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Terbitan Wau Animation dan Primeworks Studios, Ejen Ali yang mula diperkenalkan pada 2016 terus mendapat tempat dalam kalangan peminat daripada pelbagai lapisan usia.
Francais animasi Ejen Ali terbitan Wau Animation dan Primeworks Studios.
APA
Ejen Ali In Concert, sebuah konsert orkestra sempena ulang tahun ke-10 Ejen Ali.
BILA
28 dan 29 November 2026.
DI MANA
Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
MENGAPA
Meraikan sedekad perjalanan Ejen Ali serta menghargai sokongan peminat terhadap francais animasi tempatan tersebut.
BAGAIMANA
Konsert menampilkan 41 ahli orkestra KL City Opera, 22 susunan muzik serta vokalis asal dan artis jemputan. Tiket Early Bird kini boleh dibeli menerusi WOWTIX.
41 Ahli Orkestra Hidupkan Dunia Ejen Ali

Konsert ini bakal membawa runut bunyi Ejen Ali ke pentas secara langsung menerusi pimpinan Pengarah Muzik, Azri Yunus, bersama 41 ahli orkestra KL City Opera.
Sebanyak 22 susunan muzik hasil gubahan Azri Yunus akan dipersembahkan, menggabungkan elemen muzik orkestra dan animasi bagi menghidupkan dunia Ejen Ali dalam sebuah pengalaman persembahan yang berbeza.
Selain iringan orkestra, konsert malam turut menampilkan penyanyi vokal asal serta artis jemputan termasuk Hael Husaini dan Ida Rahayu. Barisan artis tambahan akan diumumkan dari semasa ke semasa.
Dua Sesi Untuk Pengalaman Berbeza

Bagi memenuhi keperluan penonton daripada pelbagai peringkat usia, Ejen Ali In Concert menawarkan dua sesi persembahan, iaitu Family Fun Day pada jam 11 pagi dan persembahan utama pada jam 8 malam.
Sesi Family Fun Day menampilkan lagu-lagu popular serta aktiviti interaktif bersama Ejen Ali dan rakan-rakannya. Pakej keluarga ditawarkan pada harga RM200 untuk empat tiket, merangkumi dua dewasa dan dua kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah.
Peminat juga boleh mendapatkan tiket individu untuk sesi tersebut pada harga RM69.
Bagi persembahan malam Ejen Ali In Concert, harga tiket bermula daripada RM119 untuk CAT D, diikuti CAT C pada RM149, CAT B pada RM238, CAT A pada RM269, Premium pada RM299 dan kategori VIP pada RM369.
Tiket Early Bird Kini Dibuka

Peminat yang mahu menjadi sebahagian daripada sambutan 10 tahun Ejen Ali kini boleh mendapatkan tiket Early Bird menerusi WOWTIX .
Pembelian tiket sepanjang tempoh promosi turut memberi peluang kepada peminat untuk membawa pulang cenderamata eksklusif edisi terhad.
Lebih daripada sebuah persembahan muzik, konsert ini dirangka sebagai penghargaan buat peminat yang telah menyokong perjalanan Ejen Ali sejak diperkenalkan pada 2016.
Gabungan muzik orkestra, animasi dan barisan vokalis bakal membawa dunia Ejen Ali ke pentas secara langsung, sekali gus membuka ruang buat peminat meraikan sedekad francais animasi tersebut sambil mencipta kenangan baharu bersama keluarga dan rakan-rakan.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan Ejen Ali In Concert di Plenary Hall, KLCC pada 28 dan 29 November 2026. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, peminat boleh mengikuti akaun rasmi Ejen Ali di Facebook, Instagram dan TikTok.



GIPHY App Key not set. Please check settings