in ,

“Kalau Saya Menipu, Saman Saya” Abiejam Berani Tuntut Azar Azmi Bayar Hutang

Isu lama kembali menjadi perhatian apabila Abiejam tampil mendedahkan dakwaan bahawa pelakon Azar Azmi masih belum melunaskan hutang berjumlah RM15,000 sejak enam tahun lalu.

Abiejam atau nama sebenarnya Mohd Khairul Nizam Wahiddin mendakwa wang tersebut diberikan sebagai bantuan untuk memulakan perniagaan termasuk menyediakan barangan serta sokongan untuk siaran langsung.

“Memang lama saya simpan benda ini, tapi sampai sekarang senyap. Bila tengok nama dia tengah naik dan jadi perhatian, saya rasa ini masa untuk dia tampil jelaskan,” katanya.

BUZZ RINGKAS
SIAPA
Abiejam, abang kepada pempengaruh Siti Jamumall dan pelakon Azar Azmi.

APA
Mendedahkan dakwaan Azar Azmi masih belum melunaskan hutang berjumlah RM15,000 sejak enam tahun lalu.

BILA
Isu kembali dibangkitkan baru-baru ini selepas nama Azar kembali menjadi perhatian.

DI MANA
Kenyataan dibuat di Shah Alam dan tular di media sosial.

MENGAPA
Abiejam mendakwa mahu menuntut hutang lama yang masih belum diselesaikan walaupun pelbagai usaha telah dibuat.

BAGAIMANA
Abiejam tampil bersuara secara terbuka dan mendakwa mempunyai bukti serta sanggup disaman jika tidak benar.

Dakwa Hilang Selepas Terima Bantuan

Menurut Abiejam, bantuan tersebut diberikan ketika pelakon itu berada dalam keadaan susah dan ingin bangkit semula dalam perniagaan.

“Ini bukan soal tumpang glamor tapi ini soal hutang jadi jangan lari. Dia datang masa susah, kami bantu dengan barang lebih RM15,000 untuk dia mula berniaga,” katanya.

Tambahnya, selepas menerima bantuan tersebut, Azar didakwa terus menghilangkan diri dan gagal dihubungi sehingga hari ini.

“Tapi selepas dapat semua tu, Azar terus hilang. Saya hubungi pun tidak dijawab, mesej tak balas sampai sekarang,” katanya lagi.

Sedia Disaman, Dakwa Ada Bukti

Abiejam turut mendakwa mempunyai bukti berkaitan bantuan yang diberikan dan tidak gentar untuk berdepan tindakan undang-undang.

“Kalau saya menipu, saya sanggup disaman sebab saya ada bukti mengenai semua ini. Semua orang boleh tengok balik di media sosial,” katanya.

Abiejam

Enam Tahun Cuba Jejak

Menurutnya lagi, sepanjang tempoh enam tahun itu, pelbagai usaha telah dilakukan untuk menjejaki pelakon tersebut namun tidak berhasil.

“Sekarang bila nama dia kembali disebut-sebut di media sosial, saya cuma nak ingatkan… kau pernah ada hutang dengan aku, hutang tetap hutang,” katanya.

Terbuka Selesaikan Secara Baik

Dalam masa sama, Abiejam tidak menolak untuk menyelesaikan perkara ini secara baik, namun menegaskan bahawa Azar perlu tampil berjumpa dengannya terlebih dahulu.

Isu Lain Libatkan Bekas Pekerja

Selain isu hutang, Abiejam turut mendedahkan bahawa beliau telah membuat tiga laporan polis terhadap bekas pekerjanya termasuk penasihat undang-undang, penasihat kewangan dan bekas pengurus.

Beliau mendakwa berlaku pecah amanah sehingga menyebabkan syarikat Jamumall mengalami kerugian hampir RM2 juta selain kehilangan barang kemas miliknya.

Abiejam juga mendakwa menerima ugutan daripada salah seorang individu terbabit sehingga terpaksa mengambil tindakan undang-undang.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Evanescence Kembali! 3 Tahun Hilang, Kini Jelajah Dunia

Ingat Dah Tak Wujud, Rupanya Masih Ada Guna Susuk Sampai…