in ,

“Kenapa Kak Komen Macam Itu?” Abiejam Persoal Komen Zila Bakarin

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Abiejam meluahkan rasa kesal terhadap komen yang ditinggalkan pelakon Zila Bakarin pada perkongsiannya mengenai pembelian mainan squishy bernilai RM12,000.

Menurut Abiejam atau nama sebenarnya Mohd Khairul Nizam Wahiddin, komen tersebut seolah-olah membuka ruang kepada orang ramai untuk memberikan reaksi negatif terhadap dirinya.

Menerusi perkongsian berkenaan, dia mendakwa mula menerima pelbagai komen kecaman selepas Zila memberikan pandangan terhadap tindakannya membelanjakan wang untuk membeli mainan bagi kanak-kanak.

“Tak bodoh, tak bijak. Tengok komen ini. Zila Bakarin Official atau Godzilla, dia komen dekat posting Abiejam yang RM12,000 aku habiskan untuk bagi anak-anak, ‘Ini sebenarnya bodoh ke pandai?’”

“Kak juga seorang ibu, jadi sepatutnya tahu anak-anak ini suka apa. Kenapa kak komen macam itu? Kak suka ya nak bagi saya kena kutuk dengan netizen, komen kak itu memang mengundang kecaman,” katanya.

BUZZ RINGKAS

SIAPA: Abiejam dan Zila Bakarin

APA: Isu komen mengenai pembelian squishy bernilai RM12,000

MENGAPA: Abiejam mendakwa komen Zila membuka ruang kepada kecaman netizen terhadap dirinya

REAKSI: Abiejam meminta Zila lebih berhati-hati dalam pertuturan dan perbuatan

ALASAN: Abiejam berkata pembelian dibuat untuk menggembirakan kanak-kanak selain menyokong peniaga

Minta Lebih Berhati-Hati Dalam Pertuturan

Dalam masa sama, Abiejam meminta Zila supaya lebih berhati-hati ketika memberikan komen atau pandangan kepada orang lain.

Dia turut mengaitkan teguran tersebut dengan perubahan yang dilalui pelakon berkenaan selepas berhijrah.

“Tolonglah, kak itu sudah bertudung. Sebelum ini akak pernah cakap, saya pernah dengar kenyataan kak mengatakan orang yang mahu berubah jangan dipaksa, biarkan dia berubah sendiri.”

“Jadi kak pun sudah berubah, alhamdulillah. Tetapi sekadar menutup kepala itu tidak cukup. Kak kena jaga pertuturan dan mulut juga,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Abiejam menjelaskan teguran tersebut bukan bertujuan mencetuskan permusuhan atau mencari masalah dengan pelakon berkenaan.

Sebaliknya, dia mendakwa mahu menjelaskan perkara yang berlaku selepas komen tersebut mengundang reaksi daripada pengguna media sosial.

Mohon Maaf Jika Tindakan Mengguris Hati

Walaupun meluahkan rasa tidak puas hati, Abiejam turut menyampaikan permohonan maaf sekiranya tindakannya itu membuatkan Zila berasa kurang senang.

Pada masa sama, dia mengakui dirinya berdepan pelbagai komen negatif daripada netizen susulan isu berkenaan.

“Banyak sangat komen negatif ini, kak. Minta maaf sangat sebab saya yang macam ini pun saya boleh bantu orang sebab nak bagi anak-anak gembira,” ujarnya.

Abiejam pada masa sama menjelaskan bahawa pembelian tersebut mempunyai tujuan yang lebih besar daripada sekadar memberikan mainan kepada kanak-kanak.

RM12,000 Untuk Anak-Anak Dan Sokong Peniaga

Menurutnya, wang yang dibelanjakan itu turut menjadi bentuk sokongan kepada peniaga yang menjual produk berkenaan.

“Saya buat benda ini, RM12,000 yang saya keluarkan itu, untuk beri sokongan kepada peniaga juga. Ramai peniaga gembira sebab saya beli dengan mereka.”

“Yang kedua, saya buat ini demi anak-anak sebab saya tahu ramai ibu di luar sana sebenarnya tidak mampu nak berikan anak-anak mereka mainan squishy ini,” luahnya.

Dia menjelaskan keputusan tersebut dibuat selepas melihat sendiri terdapat kanak-kanak yang tidak berkemampuan untuk memiliki mainan berkenaan.

Sebelum ini, Abiejam mencuri perhatian selepas memuat naik video di TikTok yang menunjukkan dirinya membeli sejumlah mainan squishy sebelum memberikannya secara percuma kepada orang ramai.

Keseluruhan perbelanjaan untuk pembelian tersebut dilaporkan mencecah RM12,000.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Lebih 1,000 Wanita Berhimpun Di Johor, NADA Identity Perluas Komuniti Kecergasan

RAPAT Hip Hop Fest Himpun 100 Rapper