in

“Jangan Jadi ‘Enabler’!” Erra Fazira Tegur Budaya Dedah Aib Di Media Sosial

Pelakon dan primadona terkenal Erra Fazira tampil memberi peringatan tegas kepada masyarakat agar tidak menjadi ‘enabler’ kepada budaya mendedahkan aib di media sosial.

Menurut Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, beliau sentiasa berhati-hati sebelum berkongsi apa-apa perkara peribadi, terutamanya berkaitan kehidupan rumah tangga, bagi mengelakkan salah faham dan spekulasi netizen.

BUZZ RINGKAS
SIAPA
Erra Fazira, pelakon dan personaliti terkenal Malaysia.

APA
Menegur masyarakat agar tidak menjadi ‘enabler’ kepada budaya dedah aib di media sosial.

BILA
4 April 2026.

DI MANA
Majlis Riang Ria Raya ACGAS 2026 di Kuala Lumpur.

MENGAPA
Bimbang trend keterbukaan melampau boleh mengikis rasa malu dan beri kesan negatif kepada generasi akan datang.

BAGAIMANA
Dengan menasihati orang ramai supaya lebih bertanggungjawab dan menjaga privasi dalam perkongsian di media sosial.

“Setiap kita melalui fasa kematangan. Namun sebenarnya sejak dulu lagi saya tidak muat naik hantaran yang boleh menimbulkan tanda tanya.

“Saya faham ada yang berkongsi sekadar untuk meluahkan perasaan. Namun, kadang-kadang ‘like’ atau ‘share’ sesuatu pun boleh mencetuskan persoalan. Sebab itu saya memilih untuk tidak berkongsi perkara yang tidak menyeronokkan.

“Di luar sana sudah terlalu banyak perkara toksik, yang tak menyeronokkan dan menyakitkan, jadi saya simpan sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis Riang Ria Raya ACGAS 2026 di sebuah hotel di ibu negara.

Erra yang hadir bersama suaminya, Ezwan Ismail atau Mr. E, turut meluahkan kebimbangan terhadap trend keterbukaan melampau di media sosial yang dilihat semakin menjadi-jadi.

Menurutnya, sikap terlalu terbuka berkongsi hal peribadi atau ‘kain dalam’ bukan sahaja mengikis rasa malu, malah berpotensi memberi kesan negatif kepada generasi akan datang.

“Saya melalui evolusi dunia maya dari zaman MySpace sehingga Instagram, X dan sekarang Threads. Sejujurnya saya tidak mengikuti trend yang terlalu terbuka di platform-platform ini.

“Apa pun, mengingatkan sesama kita adalah tanggungjawab bersama. Jika tiada permintaan, tidak akan ada yang berkongsi perkara seperti itu.

“Dalam Islam sendiri mementingkan sifat malu. Jadi jangan normalisasi trend dedah aib. Jangan jadi ‘enabler’,” tegasnya.

Sejak mendirikan rumah tangga pada 11 Disember tahun lalu, kehidupan Erra bersama suaminya sering menjadi perhatian ramai yang melihat mereka sebagai pasangan yang serasi dan harmoni.

Terdahulu, selain Erra, Rosyam Nor turut dilantik sebagai duta jenama ACGAS 2026 bagi mempromosikan silinder gas komposit moden keluaran syarikat tersebut.

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

StarDream Cruises Tawar 50+ Destinasi Asia, Pengalaman Pelayaran ‘Next Level’

Datang Dengan Anak Patung Edisi Khas, Koleksi Matrix Carlo Rino Jadi Perhatian