in

StarDream Cruises Tawar 50+ Destinasi Asia, Pengalaman Pelayaran ‘Next Level’

Industri pelancongan laut Asia terus berkembang dengan pantas apabila StarDream Cruises kini menawarkan lebih 50 destinasi merentasi Asia Tenggara dan Asia Timur, sekali gus memperkukuh kedudukannya sebagai antara peneraju pelayaran serantau.

Dengan pengalaman lebih tiga dekad dalam industri pelayaran, StarDream Cruises menyediakan pelbagai itinerari antara 2 hingga 5 malam ke destinasi popular termasuk Jepun dan Korea Selatan, memberi peluang kepada pelancong menikmati pengalaman pelbagai negara dalam satu perjalanan.

BUZZ RINGKAS
SIAPA
StarDream Cruises, syarikat pelayaran Asia dengan jenama StarCruises dan Dream Cruises.

APA
Menawarkan pelayaran ke lebih 50 destinasi di Asia dengan pengalaman hiburan, gastronomi dan premium yang dipertingkatkan.

BILA
Penawaran dan perkembangan baharu bagi tahun 2026.

DI MANA
Destinasi di Asia Tenggara dan Asia Timur, termasuk Jepun dan Korea Selatan.

MENGAPA
Untuk memperluas pengalaman pelayaran di Asia dan memenuhi permintaan pelancong terhadap perjalanan pelbagai destinasi dalam satu trip.

BAGAIMANA
Melalui itinerari 2 hingga 5 malam, hiburan antarabangsa, pilihan makanan halal dan konsep premium seperti The Palace.

Hiburan Bertaraf Antarabangsa Jadi Tarikan Utama

Apa yang membezakan pengalaman bersama StarDream Cruises adalah fokus mereka terhadap hiburan bertaraf antarabangsa yang menjadikan setiap pelayaran lebih daripada sekadar perjalanan. Sempena ulang tahun ke-10 Dream Cruises, tetamu bakal menikmati pelbagai persembahan istimewa termasuk kemunculan kumpulan K-pop KIIRAS, Amotti dari Physical: 100, serta muzikal Forever Broadway yang bakal debut di atas kapal Genting Dream bermula Jun 2026.

KIIRAS

Menurut Presiden StarDream Cruises, Michael Goh, syarikat itu komited untuk menawarkan pengalaman pelayaran yang lebih menyeluruh dan bernilai kepada pelanggan.

“Kami memahami keperluan pelancong di Asia dan apa yang mereka cari dalam setiap perjalanan. Dengan lebih 50 destinasi, kami bukan sahaja membawa mereka ke pelbagai lokasi, malah menghubungkan mereka dengan pengalaman budaya dan gaya hidup yang berbeza,” katanya.

Makanan Halal & Pilihan Asia Jadi Kelebihan

Selain hiburan, pengalaman kulinari turut menjadi antara kekuatan utama StarDream Cruises, dengan pelbagai pilihan hidangan antarabangsa dan masakan Asia autentik yang disesuaikan dengan citarasa serantau. Kehadiran Chef Tommie Lee atau “French Papa”, yang dikenali menerusi Culinary Class Wars, turut menambah nilai dengan sentuhan kreatif dan moden dalam sajian yang ditawarkan di atas kapal.

Dalam masa sama, StarDream Cruises juga antara pelayaran terawal di Asia yang menyediakan pilihan makanan halal serta vegetarian dan Jain, sekali gus memberi lebih keselesaan kepada pelancong daripada pelbagai latar belakang untuk menikmati pengalaman ini dengan yakin.

Chef Tommie Lee

Bagi mereka yang mencari pengalaman lebih eksklusif, konsep “The Palace” diperkenalkan sebagai pengalaman premium dalam kapal, lengkap dengan suite mewah, servis butler gaya Eropah serta layanan hospitaliti Asia yang mesra dan peribadi.

Dengan gabungan destinasi menarik, hiburan bertaraf dunia serta pengalaman gastronomi yang pelbagai, StarDream Cruises dilihat terus memperkukuh kedudukannya sebagai antara pilihan utama pelayaran di Asia menjelang 2026.

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Raya Lain Macam: Care Bears, Aktiviti & Ganjaran Di Resorts World Genting

“Jangan Jadi ‘Enabler’!” Erra Fazira Tegur Budaya Dedah Aib Di Media Sosial