in , , ,

Gatorade Malaysia Closed 2025 Cipta Sejarah, Bakat Muda & Veteran Pickleball Negara Bersinar

Kuala Lumpur, Disember 2025 – Dalam landskap sukan tempatan yang semakin terbuka kepada disiplin baharu, pickleball mencatat satu detik penting apabila Gatorade Malaysia Closed 2025 menutup tirainya sebagai kejohanan rasmi pertama seumpamanya di negara ini.

Kejohanan yang berlangsung dengan aksi kompetitif dan penuh intensiti itu menghimpunkan pemain terbaik dari pelbagai peringkat umur, termasuk bakat muda, atlet junior serta pemain berpengalaman, sekali gus mencerminkan perkembangan pesat komuniti pickleball di Malaysia.

Pertandingan ini bukan sekadar menawarkan gelaran juara, malah memberi mata ranking nasional, menandakan satu langkah penting ke arah pembentukan ekosistem pickleball yang lebih tersusun dan berdaya saing di peringkat kebangsaan.

Kami berbesar hati dengan sokongan Gatorade dalam penganjuran kejohanan rasmi pertama ini. Sokongan korporat seperti ini amat penting dalam membangunkan pickleball dari peringkat akar umbi hingga ke tahap kompetitif,

Delima Ibrahim, Pengerusi Pertandingan Persatuan Pickleball Malaysia (MPA).
BUZZ RINGKAS
SIAPA
Persatuan Pickleball Malaysia (MPA) dengan kerjasama Kuala Lumpur Pickleball Association (KLPA) dan penaja utama Gatorade Malaysia.

APA
Kejohanan pickleball rasmi pertama negara yang menawarkan mata ranking nasional kepada para pemain.

BILA
Disember 2025.

DI MANA
Kuala Lumpur.

MENGAPA
Untuk membangunkan ekosistem pickleball kebangsaan yang lebih tersusun, inklusif dan kompetitif.

BAGAIMANA
Melalui pertandingan pelbagai kategori umur, peraturan kebangsaan dan sistem mata ranking rasmi.

Bakat Pelbagai Generasi Di Satu Gelanggang

Gatorade Malaysia Closed 2025 menampilkan kategori merangkumi pemain bawah 12 tahun, bawah 15 tahun serta kategori dewasa, memperlihatkan keterangkuman sukan ini merentas generasi. Kehadiran bekas atlet kebangsaan dari sukan lain turut menambah nilai kompetitif kejohanan tersebut.

Pictures from the Gatorade Malaysia Close 2025 Pickle Depot on December 07, 2025 in Sentul, Kuala Lumpur, Malaysia. Photo by Peter Lim/PhotoDesk.com.my

Antara pemenang kategori dewasa, Mohd Faizal Bin Othman, juara Perseorangan Lelaki 35+, menyifatkan kejohanan ini sebagai platform penting untuk perkembangan atlet tempatan, selain menjadi inspirasi kepada generasi muda.

Kejohanan seperti ini memberi motivasi besar kepada pemain untuk terus meningkatkan prestasi dan melihat pickleball sebagai sukan yang serius,

Mohd Faizal Bin Othman, juara Perseorangan Lelaki 35+
Pictures from the Gatorade Malaysia Close 2025 Pickle Depot on December 06, 2025 in Sentul, Kuala Lumpur, Malaysia. Photo by Peter Lim/PhotoDesk.com.my

Dari Hobi Kepada Ekosistem Nasional

Penganjuran kejohanan ini turut mencerminkan perubahan landskap pickleball di Malaysia, yang kini mula beralih daripada aktiviti rekreasi kepada sukan berstruktur dengan peraturan, laluan kejurulatihan dan kejohanan berjadual.

Pictures from the Gatorade Malaysia Close 2025 Pickle Depot on December 07, 2025 in Sentul, Kuala Lumpur, Malaysia. Photo by Peter Lim/PhotoDesk.com.my

Menurut MPA, pickleball kini antara sukan yang paling pantas berkembang di negara ini, dengan penyertaan aktif dari pelbagai lapisan umur dan latar belakang, disokong oleh pembukaan gelanggang baharu serta peningkatan program komuniti.

Menyemai Masa Depan Pickleball Malaysia

Pemain junior turut mencuri tumpuan sepanjang kejohanan, dengan ramai yang menunjukkan potensi besar dan semangat kesukanan tinggi. Sokongan jenama global seperti Gatorade dilihat sebagai pemangkin penting dalam melahirkan bakat muda serta memastikan pembangunan sukan ini lebih mampan.

Pictures from the Gatorade Malaysia Close 2025 Pickle Depot on December 07, 2025 in Sentul, Kuala Lumpur, Malaysia. Photo by Peter Lim/PhotoDesk.com.my

Dengan kejohanan rasmi pertama kini berjaya dilaksanakan, pickleball di Malaysia dilihat berada di landasan tepat untuk berkembang sebagai sukan kompetitif yang berdaya saing di peringkat serantau dan antarabangsa.

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Bukan Countdown Biasa: TV AlHijrah Pilih Seni & Dakwah Sambut Ambang Tahun

CosCruise Cipta Sejarah: Kejohanan Cosplay Pertama Di Atas Kapal Pelayaran Bakal Berlayar Dari Port Klang