in

Lorenzo Irmann Tidak Salahkan Sesiapa, Hormat Keputusan MV Dolla Diturunkan

Lorenzo akur MV Dolla ditarik

KUALA LUMPUR – Pelakon muda Lorenzo Irman atau nama sebenar Lorenzo Irmann bin Farhan @ Caddeo Paolo akhirnya bersuara selepas muzik video terbaru kumpulan Dolla, Question, ditarik semula dari semua platform digital.

Menurutnya, berita itu membuatkan dia terasa sedikit terkilan memandangkan kerja keras seluruh pasukan sebelum pelancaran MV tersebut.

Penampilan khas Lorenza dalam MV Dolla.
🔴 RINGKAS BERITA – MV DOLLA & KOMEN LORENZO
  • Lorenzo Irman terkilan MV Question Dolla ditarik.
  • Shooting dibuat dari petang hingga subuh untuk projek comeback.
  • Penerbitan ditarik selepas isu penampilan anggota jadi perdebatan.
  • Lorenzo akui tiada siapa patut dipersalahkan dalam isu busana.
  • Semua pakaian disediakan pihak produksi mengikut konsep MV.
  • Pelakon hanya dimaklumkan selepas penarikan berlaku.
  • Keputusan dibuat oleh syarikat muzik selepas teguran berautoriti.
  • Lorenzo hormat keputusan & anggap ini sebagai iktibar industri.

“Shooting dari petang sampai pagi. Siapa je tak penat? Lagi-lagi ini comeback mereka,” – Lorenzo ketika ditemui F8Buzz di sidang media Konsert Countdown KITA 2025 yang diadakan di Astro Bukit Jalil pada malam Selasa.

Lorenzo, yang tampil sebagai pelakon dalam MV itu, menyifatkan situasi tersebut sebagai sesuatu yang perlu dihormati walaupun ramai peminat berharap projek itu kekal ditayangkan.

Penampilan khas Lorenza dalam MV Dolla.

Pelakon berusia 21 tahun itu memaklumkan, walaupun terkejut dengan penarikan tersebut, dia memahami keputusan yang dibuat dan enggan memperbesarkan isu yang timbul.

“Kualiti video tu sebenarnya sangat bagus. Tapi bila dah jadi perbincangan hangat, kita tak boleh tolak pandangan orang. Apa pun keputusan bukan di tangan saya, saya cuma hormat.” – tambah Lorenzo.

Menurutnya, dia hanya mengetahui hal itu selepas membaca komen dan hantaran warganet di aplikasi ‘Threads’.

Kontroversi MV itu dipercayai berpunca daripada perdebatan mengenai penampilan ahli kumpulan Dolla, terutamanya yang beragama Islam.

Penampilan khas Lorenza dalam MV Dolla.

Lorenzo menjelaskan bahawa semua busana dalam MV itu ditentukan oleh pihak produksi mengikut konsep, bukan pilihan peribadi anggota Dolla.

“Mereka cuma pakai apa yang dah disediakan. Jadi tak ada sesiapa yang patut dipersalahkan. Lepas ini mungkin kena lebih berhati-hati, itu saja.” – jelas Lorenzo.

Penampilan khas Lorenza dalam MV Dolla.

Difahamkan, penarikan itu dibuat selepas beberapa pihak mengkritik penampilan ahli Dolla yang dianggap tidak sesuai dan keputusan tersebut diambil selepas wujudnya teguran termasuk daripada pihak berautoriti mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Walaupun kecewa kerana penat lelah semua tidak dapat dinikmati sepenuhnya oleh penonton, Lorenzo memilih untuk melihat dari sudut positif.




Ditulis oleh Ezza Azira

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Teater Matinya Seorang Pahlawan

Matinya Seorang Pahlawan: Usman Awang Hidupkan Semula Pertarungan Abadi Tuah, Jebat

Festival Warisan Selera Timur

Pantai Timur ‘Turun Padang’ di Bangi! Festival Warisan Selera Timur Himpun Seni Dan Selera Kampung Ori