Persatuan Pembangunan Inisiatif Malaysia (NADIM) bersama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKKN WPKL) serta Malaysia Tourism Centre (MaTiC) bakal menghidupkan semula sebuah karya agung yang menjadi nadi sejarah bangsa, Matinya Seorang Pahlawan hasil nukilan sasterawan negara, Usman Awang.
Pementasan berskala tradisi moden ini dijadual berlangsung selama tiga hari, dari 12 hingga 14 Disember 2025, bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman, MaTiC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
- Pementasan teater purbawara oleh NADIM dengan kerjasama JKKN WPKL & MaTiC.
- Dilaksanakan selama tiga hari dari 12-14 Disember 2025.
- Lokasi persembahan di Dewan Tunku Abdul Rahman, MaTiC, Kuala Lumpur.
- Tiket berharga RM25, menjadikannya acara seni mampu tonton.
- Naskhah karya Usman Awang tentang konflik Hang Tuah & Hang Jebat.
- Menyingkap fitnah yang memisahkan dua sahabat setia istana Melaka.
- Klimaks menampilkan pertarungan epik antara kesetiaan dan keadilan.
- Dihidangkan dalam bentuk pementasan moden yang sarat simbolisme dan emosi.
Persembahan akan diadakan pada jam 8.30 malam setiap hari, dengan satu sesi tambahan matinee jam 3 petang pada 14 Disember.
Menariknya, tiket untuk menyaksikan naskhah epik ini hanya berharga RM25, menjadikannya peluang terbaik untuk penggemar seni persembahan serta pencinta warisan budaya.
Matinya Seorang Pahlawan membawa penonton menyelami semula detik paling rumit dalam legenda persahabatan Hang Tuah dan Hang Jebat.
Karya ini mengangkat semula tragedi apabila Hang Tuah difitnah sehingga dijatuhi hukuman mati, membuatkan seluruh Melaka mempercayai bahawa pahlawan setia itu telah gugur.
Namun, di sebalik kekecohan itu, Bendahara sebenarnya menyelamatkan Tuah dan menyembunyikan kebenaran daripada istana.
Ketika itu, Hang Jebat yang tidak mengetahui nasib sahabatnya memilih untuk bangkit menentang ketidakadilan, lalu mengamuk sehingga menggoncang kekuasaan Sultan Melaka.
Konflik memuncak apabila Hang Tuah diperintahkan kembali menghadap Sultan dan ditugaskan untuk menumpaskan sahabat karibnya sendiri.
Pertembungan dua pahlawan ini bukan sekadar pertempuran fizikal, tetapi simbol retaknya nilai kesetiaan, persahabatan dan perjuangan menuntut keadilan.
Pementasan baharu oleh NADIM bersama JKKN WPKL dan MaTiC ini dijangka memberi nafas segar kepada karya klasik tersebut dengan interpretasi kontemporari dengan estetika purbawara yang memukau.



GIPHY App Key not set. Please check settings