Apa kata kita akhiri sambutan Raya anda tahun ini dengan sesuatu yang benar-benar luar biasa? Bayangkan – percutian hujung minggu di sebuah kediaman mewah atas puncak bukit, dikelilingi alam semula jadi yang menakjubkan, ditemani artis kegemaran ramai, dan sambutan Raya yang penuh glamor.
Ya, inilah peluang anda! Rumah Terbuka Riangnya Raya Airbnb kini kembali lagi – dan kali ini, ianya lebih hebat dari sebelumnya kerana ia dianjurkan bersama kumpulan pop sensasi tanah air, DOLLA!
Eksklusif, Mesra, Penuh Gaya – Bersama DOLLA!
Dikenali dengan gaya bertenaga dan aura pentas yang luar biasa, ahli-ahli DOLLA kini tampil dengan peranan istimewa sebagai hos Rumah Terbuka Airbnb! Mereka bakal menyambut seorang tetamu bertuah dan sembilan orang rakannya untuk menikmati hujung minggu penuh gaya di lokasi impian – Brickhouse Bukit Tinggi, hanya sejam dari Kuala Lumpur.
“Raya adalah masa istimewa untuk merayakan kasih sayang dan tradisi bersama insan tersayang. Kami tak sabar untuk mencipta kenangan indah bersama para peminat dalam suasana yang lebih dekat dan mesra,”
– Dolla
Apa Yang Menanti Anda?
Dari 3 hingga 5 Mei 2025, penginapan eksklusif ini akan menjadi pentas untuk pengalaman unik dan penuh glamor. Dengan hanya RM100 (sebelum cukai dan caj), anda berpeluang menikmati:
🌟 Sambutan eksklusif bersama DOLLA – disambut sendiri oleh mereka!
🍽️ Jamuan Raya peribadi dalam suasana intim bersama kumpulan kesayangan anda.
🎶 Persembahan akustik istimewa DOLLA – nikmati lagu-lagu hit mereka secara langsung.
🎤 Sesi Q&A bersama DOLLA – peluang untuk mengetahui sisi peribadi dan kreatif mereka.
Tak dapat hadir secara fizikal? Jangan risau! Suasana kemeriahan ini akan turut distrim secara langsung di TikTok rasmi DOLLA (@dollaofficial) supaya peminat di seluruh Malaysia boleh turut serta!
Brickhouse Bukit Tinggi – Syurga Alam Semula Jadi

Nikmati kemewahan dua vila eksklusif lengkap dengan kolam renang peribadi, kawasan BBQ, kemudahan karaoke dan pemandangan memukau menghadap gunung serta dusun durian. Dari bersantai di tepi kolam hinggalah menjamu selera di bawah sinaran bintang – ia adalah gabungan sempurna antara alam, muzik dan suasana Raya yang tak dapat dilupakan.

Tempah Sekarang – Siapa Cepat, Dia Dapat!
Permintaan tempahan dibuka pada: 🕚 11 pagi, 25 April 2025 📍 http://airbnb.com/rayawithdolla
Hanya seorang tetamu bertuah akan dipilih berdasarkan prinsip “siapa cepat, dia dapat”, dan boleh membawa sehingga 9 rakan untuk sama-sama merasai keajaiban hujung minggu ini. Tetamu bertanggungjawab atas urusan perjalanan ke lokasi di Bentong, Pahang.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini – sambut Raya dengan gaya yang luar biasa bersama DOLLA dan Airbnb. Tempat terhad, kenangan tak terhingga!
GIPHY App Key not set. Please check settings