in ,

Belanja Nyanyi Lagu Tokti, Netizen Rindu Syasya Dolla – “Setelah Sekian Lama”

Sepotong video nyanyian bekas anggota kumpulan Dolla Syasya Rizal tular di TikTok baru-baru ini. 

Menerusi perkongsian yang dibuat, Syasya atau nama sebenarnya, Norsyasya Afiqah Shahrizal, 24, berkongsi video dirinya menyanyikan lagu viral ‘Seribu Kemanisan’ versi dangdut nyanyian asal biduanita negara Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Hantaran tersebut telah mencuri perhatian wargamaya yang rata-ratanya meluahkan rasa kerinduan terhadap nyanyian Syasya. 

@syasya.rzl

Sejak pregnant ni, sometimes I forgot that I used to sing all the time bahaha sekarang dah mengah 😭

♬ original sound – Sya2 – Sya2

Menjengah ke ruangan komen, ada juga netizen yang memuji kelunakan suara 

“Rindunya nak dengar Syasya menyanyi.

“Aku hampir lupa Syasya penyanyi.

“Akhirnya boleh dengar semula nyanyian Syasya setelah sekian lama,” komen beberapa netizen.

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian Syasya telah meraih lebih 100,000 tontonan dan lebih 12,000 tanda suka.

Sekadar info, Syasya telah melangsungkan perkahwinan dengan Nasrullah Mohd. Sapie pada 21 April lalu selepas membuat pengumuman mengejut mengundur diri daripada kumpulan Dolla atas alasan peribadi.

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Buat Konten Dengan Anak, Netizen Puji Hisyam Hamid Awet Muda – “Macam Abang Dengan Adik”

Nyanyi Sumbang, Netizen Muak Dengan Dahlia Rizal? – “Sikit-Sikit Dah Lah”