BANGI – Evo Mall Bangi kembali memukau pengunjung dengan penganjuran Festival Warisan Selera Timur, sebuah acara bertaraf tradisi moden yang telah berlangsung selama tiga hari bermula 5 hingga 7 Disember.
Menggunakan slogan “Rasa Ori Tiga Negeri”, festival ini menjadi pintu gerbang budaya Pantai Timur terus ke Lembah Klang, menyatukan warisan Kelantan, Terengganu dan Pahang dalam satu lokasi dan lebih 100 pilihan makanan asli, kraftangan dan hiburan budaya menjadi tarikan utama sepanjang program ini.
- Festival Warisan Selera Timur di Evo Mall Bangi berlangsung 5-7 Disember.
- Mengangkat budaya Kelantan, Terengganu & Pahang dengan lebih 100 makanan tradisi.
- Tarikan termasuk Satar, Ketupat Sotong, Temosa, Sambal Hitam & kuih kampung.
- Disokong Tourism Malaysia untuk promosi Visit Malaysia 2026.
- Persembahan: Dikir Barat Issey, Ameng Spring, Rosma & Syafiq Farhain.
- Aktiviti kampung: batu seremban, batik, silat & masakan tradisional.
- Sesi khas The Helmis mengenai misi kemanusiaan Sumud Flotilla.
- Dianjurkan oleh A.M.A. Infinity Solution sebagai acara berimpak Evo Mall.
Pengunjung berpeluang menikmati juadah yang jarang dapat ditemui di bandar antaranya satar, otak-otak Warung Azis Satar (Kemaman), keropok celup tepung Terengganu, ketupat sotong dapur aryani, nasi kerabu, laksam & laksa kuah putih, keropok gemok pasar payang, temosa, puding raja, sambal hitam Pahang dan kuih-kuih warisan Pantai Timur.
Pengunjung juga telah dibawa ke Pantai Timur melalui siri persembahan budaya termasuk Dikir Barat eksklusif bersama Issey & Dikir Exclusive (Jumaat), Malam Irama Pantai Timur (Sabtu), menampilkan Ameng Spring, Rosma Sidik & Syafiq Farhain dan Ulek Mayang Terengganu & Joget Pahang.
Sementara itu, The Helmis juga telah mengisi hari Ahad dengan perkongsian pengalaman misi kemanusiaan Sumud Flotilla, menjadikan festival ini bukan sekadar hiburan tetapi wadah ilmu dan kemasyarakatan.
Pengunjung dari pelbagai peringkat umur juga diberikan aktiviti yang sarat nostalgia seperti pertandingan mewarna, mencanting batik, bengkel silat gayong, demo masakan tradisional, pertandingan menghias pulut kuning dan juga cabaran batu seremban
Festival dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam, menjadikannya destinasi hujung minggu yang padat isi dan bersifat keluarga.
“Kami mahu warisan Pantai Timur diapresiasi rakyat seluruh negara, bukan hanya penduduk di negeri tersebut. Dengan sokongan jenama seperti Noor Arfa Batik, Cap Bunga Ros, Billo Malaysia dan Azue Bridal, kami menaruh harapan besar untuk capai 30,000 pelawat,” – Zetty Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif Evo Mall Bangi.
Acara ini dianjurkan oleh A.M.A. Infinity Solution, dengan fokus menjadikan festival ini satu lagi projek kebanggaan Evo Mall Bangi.



GIPHY App Key not set. Please check settings