in

Nourul Dedah Hidap Kanser Terpaksa Buang Rahim

Nourul Depp pernah hidap kanser

KUALA LUMPUR – Selepas bertahun-tahun menyimpan kisah peribadi itu rapi, penyanyi berpengalaman Nourul Depp akhirnya membuka cerita bagaimana dia melalui salah satu tempoh paling mencabar dalam hidupnya termasuk menjalani pembedahan membuang rahim dan ovari akibat kanser.

Nourul atau nama sebenar Noorulhuda Abdul Wahab, 48, berkata masalah tersebut bermula pada tahun 2018 selepas dia menerima diagnosis awal yang menunjukkan terdapat sel tidak normal di bahagian rahimnya.

RUMUSAN RINGKAS – KISAH BENAR NOURUL DEPP 💛🎗️
  • Nourul dedah pernah jalani pembedahan buang rahim & ovari.
  • Kanser disahkan pada 2018, kembali aktif selepas 6 bulan rawatan.
  • Pembedahan dilakukan ketika dia mengandungkan anak keempat.
  • Bebas kanser kini tanpa perlu menjalani kimoterapi.
  • Tekanan selepas ditipu RM80,000 dipercayai jadi salah satu pencetus.
  • Kisah itu dirahsiakan lebih 5 tahun sebelum diumumkan.
  • Bakal tampil dengan konsert solo ‘For You: Nourul’ pada April 2026.
  • Tiket sudah dijual di Ticket2U.

Walaupun tidak ramai yang mengetahui keadaannya ketika itu, dia memilih untuk mengikuti nasihat doktor dengan mengambil vaksin HPV selama enam bulan.

Menurutnya, sel kanser tersebut kembali aktif dan meningkat ke tahap satu, malah situasi itu berlaku sewaktu dia sedang mengandungkan anak keempatnya, Isabella.

“Kalau keadaan saya bertambah teruk masa tu, saya tak mungkin hamil pun. Sebab itu doktor minta saya buat pemeriksaan semula dan hasilnya memang sah kanser. Dari situ saya buat keputusan untuk buang uterus dan ovari sekaligus,” – Nourul ketika ditemui F8Buzz pada sidang media Konsert For You: Nourul.

Dalam pada itu, Nourul juga bersyukur kerana berjaya mengesan penyakit tersebut lebih awal, sekali gus membolehkan rawatan dilakukan dengan cepat tanpa perlu menjalani kimoterapi.

Nourul turut mengakui tekanan emosi yang dialaminya pada 2018 termasuk ditipu oleh sebuah syarikat tempatan yang sepatutnya melabur RM80,000 bagi album Perancisnya turut mempengaruhi kesihatannya.

“Saya keluarkan duit sendiri sebab percaya janji mereka. Tapi akhirnya saya ditinggalkan begitu saja. Sampai ke hari ini pun, senyap. Memang ujian besar dalam hidup saya,” – ujar Nourul lagi.

Walaupun diuji dengan pelbagai cabaran, Nourul memilih untuk bangkit dan kini kembali aktif dalam dunia seni.

Tahun depan, dia bakal mengadakan konsert solo istimewa di Zepp Kuala Lumpur yang merupakan persembahan berskala besar pertama selepas lebih 30 tahun berkarya.

Konsert For You: Nourul, anjuran Rong Geng Entertainment, dijadual berlangsung pada 17 April tahun depan dan tiket sudah mula dijual menerusi portal Ticket2U.

Ditulis oleh Ezza Azira

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Sissy Imann bakal bernikah dengan seorang doktor

Sah! Sissy Imann Ke Pelamin Bulan Ini, Doktor Jadi Pilihan Hati!

Teater Matinya Seorang Pahlawan

Matinya Seorang Pahlawan: Usman Awang Hidupkan Semula Pertarungan Abadi Tuah, Jebat