Kalau nak sambut tahun baharu dengan gaya luar biasa, inilah tempatnya! Singapore Sports Hub bakal mencetuskan detik paling epik tahun ini dengan Countdown 2026.

Menampilkan persembahan hebat Super Junior, bintang China Cheng Huan (承桓), dan barisan artis tempatan seperti Benjamin Kheng, Tabitha Nauser serta Iman Fandi. Paling dinanti? 35 minit pertunjukan bunga api yang dikatakan paling panjang di Singapura untuk tahun ini!
- 🎇 35 minit bunga api – terpanjang di Singapura tahun ini!
- 🎤 Persembahan Super Junior, Cheng Huan, Benjamin Kheng, Tabitha Nauser & Iman Fandi
- 🎶 Konsert pertama di Stadium Roar, tiket hanya $10
- 🍟 Picnic box & Beach Club eksklusif turut ditawarkan
- 📍 Masuk percuma ke zon komuniti & siaran langsung di OCBC Square

Acara yang dianjurkan oleh Kallang Alive Sport Management (KASM) ini bukan sekadar konsert tapi satu pesta komuniti yang merangkumi konsert utama, zon keluarga, permainan interaktif, dan perarakan kira detik di sekitar Sports Hub.
Yazed Osman, Ketua Kumpulan, Acara & Pengurusan Tempat, KASM berkata, “Tahun ini kami mahu cipta pengalaman baharu. Buat pertama kali, konsert langsung dengan artis antarabangsa dan tempatan akan diadakan di Stadium Roar dengan harga tiket yang sangat berpatutan. Semua orang dialu-alukan untuk menyambut tahun baru bersama komuniti kami.”

Konsert Countdown 2026 akan berlangsung pada 31 Disember, jam 8.30 malam, dikendalikan oleh Hazelle Teo (YES 933) dan Cruz Teng, serta akan disiarkan secara langsung di OCBC Square dan Water Sports Centre.

Super Junior Turut Rasa Teruja
“2025 menandakan ulang tahun ke-20 kami, jadi ia sangat bermakna untuk meraikan bersama E.L.Fs di Singapura. Mari jadikan malam ini satu kenangan yang tak akan dilupakan!”

Selain persembahan mega, pengunjung boleh menikmati aktiviti komuniti percuma dan menonton bunga api dalam empat babak indah bermula jam 9 malam.
Tahun ini juga memperkenalkan Countdown Beach Club, pengalaman eksklusif dengan pemandangan bunga api menakjubkan, hanya $100 untuk 4 orang. Ada juga picnic box istimewa berharga $50 untuk dua orang yang boleh ditempah awal.
Tiket konsert berharga $10 sahaja (tidak termasuk caj tempahan) dan mula dijual 11 November jam 4.00 petang di laman rasmi Ticketmaster. Setiap tiket disertakan air minuman, snek, dan poncho pakai buang.

Sama ada menonton secara langsung di Stadium Roar, berpiknik di Beach Club, atau menonton siaran percuma di OCBC Square, Countdown 2026 di Singapore Sports Hub menjanjikan satu malam yang penuh warna, muzik dan letupan bunga api yang pasti menjadi bualan awal tahun 2026!

Ketahui lebih lanjut mengenai Countdown 2026 di Singapore Sports Hub di sini.



GIPHY App Key not set. Please check settings