in

‘Ambani Money’ Angkat Nama Kidd Santhe Ke Liga Global Desi Hip-Hop

‘Ambani Money’

KUALA LUMPUR – Penyanyi rap, penerbit dan penulis lagu tanah air, Kidd Santhe, kembali dengan single terbaharu berjudul ‘AMBANI MONEY’ sekali gus menandakan permulaan era baharu menuju album konsepnya yang akan datang, Mr. Crorepati.

Dalam fasa terbaharu ini, Kidd memperlihatkan evolusi besar dalam kariernya daripada gaya rap Melayu awalnya kepada gabungan hip hop moden, elemen muzik India serta permainan bahasa pelbagai termasuk Bahasa Inggeris, Melayu, Tamil, Punjabi dan Hindi.

Ringkasan – ‘Ambani Money’
• Kidd Santhe kembali dengan single baharu ‘Ambani Money’.
• Lagu ini menjadi pembuka era menuju album konsep ‘Mr. Crorepati’.
• Menampilkan gabungan hip hop 2000-an, tumbi dan elemen Punjabi.
• Ditulis, digubah dan diadun sendiri oleh Kidd bersama Wongie.
• Mengangkat metafora ‘Ambani’ sebagai simbol kecemerlangan & identiti India.
• Projek pertama sejak diumumkan sebagai Spotify RADAR Artiste MY/SG 2025.
• Dilancarkan di bawah kerjasama Kidd Next Door Productions & Sony Music Malaysia.
• Video muzik arahan Vinoth Raj Pillai menampilkan gaya sinematik dan karakter ‘Ambani’.

Dengan pengaruh antarabangsa yang semakin berkembang serta gaya kreatif yang sentiasa mencabar norma, Kidd mempersembahkan sisi baharu dirinya melalui ‘AMBANI MONEY’.

‘AMBANI MONEY’ menampilkan gabungan dram hip hop era 2000-an, petikan tali tumbi dan energi Punjabi yang bertenaga.

Lagu ini ditulis, digubah dan diolah sepenuhnya oleh Kidd sendiri dengan sentuhan produksi bersama Wongie menghasilkan alunan yang menggabungkan tradisi dan hip hop kontemporari secara harmoni.

Kidd Sathe

Lebih daripada sekadar merujuk nama terkenal, ‘Ambani’ digunakan sebagai metafora mewakili kecemerlangan India, kekayaan generasi dan keyakinan tanpa kompromi menggambarkan semangat generasi baharu artis India Malaysia yang bangkit dengan keberanian dan identiti yang teguh.

‘AMBANI MONEY’ merupakan projek pertama Kidd sejak beliau diumumkan sebagai Spotify RADAR Artiste MY/SG 2025, serta menjadi pelancaran sulung di bawah kerjasama baharu antara Kidd Next Door Productions dan Sony Music Entertainment Malaysia.

Kerjasama ini menjadi detik penting dalam perkembangan kerjayanya dan menunjukkan keyakinan Sony Music terhadap visinya dan komitmen untuk mengangkat karya Kidd ke peringkat tempatan dan global.

Kini bernaung di bawah pengurusan SVLTAN Management, Kidd berpindah daripada artis bebas sepenuhnya kepada artis yang disokong pasukan profesional, membuka laluan lebih besar menjelang pelancaran album Mr. Crorepati serta mengukuhkan namanya sebagai antara suara terpenting dalam gerakan Global Desi Hip-Hop.

Ditulis oleh Ezza Azira

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

COUNTDOWN 2026 SINGAPORE SPORTS HUB: SUPER JUNIOR & BUNGA API MEGA!

Life: Living in Fear Everyday

Life: Living in Fear Everyday, Filem Senyap Malaysia Buktikan Emosi Tak Perlukan Kata -Kata