Gerobok Biru Gegak Gempita Raya, festival jualan raya akan berlangsung di WTC Kuala Lumpur dari 14 hingga 24 Mac 2025. Acara ini akan berlangsung selama 11 hari dan 196 jam, menggabungkan pameran jualan serta festival makanan, menawarkan pengalaman membeli-belah yang unik dan meriah.

Festival ini menampilkan tagline “Shopping Awal Tak Kalut” untuk menggalakkan pengunjung membuat persiapan Raya lebih awal.
Sebagai festival raya terpanjang dan terlama di Malaysia, Gerobok Biru Gegak Gempita Raya dijangka mencatatkan pencapaian dalam Malaysia Book of Records. Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan, termasuk cabutan bertuah harian yang menawarkan lebih 300 gold coin dan hadiah utama berupa sebuah kereta elektrik (EV Car).
Festival ini juga akan dimeriahkan dengan persembahan artis tempatan setiap malam, memberikan hiburan sepanjang acara. Di samping itu, lebih daripada 80 booth makanan eksklusif dari Rasa Fusion Food Festival akan menyajikan pelbagai juadah untuk memeriahkan suasana Ramadan, menjadikannya festival pertama yang menggabungkan pameran raya dan festival makanan semasa bulan puasa.
Selain itu, acara ini turut menyediakan live booth percuma untuk vendor terpilih dan sesi podcast harian yang membincangkan topik-topik berkaitan persiapan raya dan trend terkini. Festival ini juga akan menampilkan jenama terkenal seperti Prima Valet, serta selebriti dan influencer seperti Ashraf Muslim, Kak KM, Emy Takal, Ifik Takal, Bella Hanna, Aisyah Rahim, Nurul Ellyna, Iddin Ramli, dan beberapa food influencers lain.
Dalam sidang media bertempat di Marble Stage, Level 2, WTC Kuala Lumpur, penganjur Mivas City Sdn Bhd bersama rakan strategik mereka berkongsi maklumat lanjut mengenai aktiviti dan kejutan sepanjang festival ini.

Gerobok Biru Gegak Gempita Raya bertujuan untuk mengangkat keunikan budaya, gaya hidup, dan tradisi rakyat Malaysia dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri. Pengunjung boleh menemui pelbagai pilihan fesyen raya, biskut tradisional, gajet, produk kecantikan, dan dekorasi rumah di bawah satu bumbung.
Acara ini disokong oleh WTC Kuala Lumpur sebagai Official Venue, Specta sebagai Strategic Partner, Rasa Fusion Food Festival sebagai Official Food Festival, Ombak Exclusive sebagai Official Printing Partner, dan VNM Studio sebagai Official Media Partner.
Orang ramai dijemput untuk menyaksikan kemeriahan festival ini dan menikmati pengalaman membeli-belah yang unik. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Mivas City Sdn Bhd melalui email di sales.gerobokbiru@gmail.com atau layari laman sosial media mereka di TikTok, Facebook, dan Instagram: @gerobokbiru.
GIPHY App Key not set. Please check settings