in

Amber Tembusi Singapura Dengan Sokongan Selebriti di CelebFest

Pengaruh daripada enam duta selebriti yang mewakili jenama Amber di bawah Usanita Sdn Bhd telah memberikan impak yang besar, membawa jenama ini ke peringkat antarabangsa.

Ini dilihat selepas kejayaan besar yang dicapai dengan penembusan pasaran Singapura, melalui penyertaan dalam pesta raya CelebFest yang baru-baru ini diadakan.

Antara duta selebriti yang menjadi wajah Amber adalah Fattah Amin, Scha Al Yahya, Awal Ashaari, Nora Danish, Aina Abdul, dan Sophia Albarakbah. Kehadiran mereka menjadi faktor utama dalam meningkatkan kesedaran dan permintaan terhadap produk Amber di luar Malaysia.

Menurut Shafiq Ikhwan, Pengurus Pembangunan Perniagaan Usanita, kolaborasi dengan selebriti-selebriti ini bukan sahaja memberi impak positif kepada jenama Amber, malah ia turut memperkukuhkan kedudukannya di peringkat serantau.

“Kehadiran mereka telah memberikan impak yang besar, terutama terhadap permintaan koleksi Romantics Raya.”
– Shafiq Ikhwan

Shafiq Ikhwan

Penyertaan Amber dalam CelebFest yang diadakan di Pusat Konvensyen Suntec City di Singapura, memberi peluang yang lebih luas untuk jenama ini terus berkembang. Sebagai penaja utama, Usanita berjaya menarik perhatian pengunjung serta mengukuhkan kedudukan Amber sebagai jenama fesyen yang semakin dikenali.

Shafiq juga menyatakan, “Usanita berasa sangat berbangga kerana dapat menjadi sebahagian daripada CelebFest. Ia bukan sahaja menjadi platform jualan yang luar biasa, tetapi juga merupakan tempat untuk berkongsi inspirasi, membina jaringan, dan memperkukuhkan hubungan serantau.”

Dengan pencapaian ini, Usanita optimis untuk terus memperkukuhkan jenama Amber di peringkat global, terutama melalui kerjasama dengan selebriti berpengaruh.

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Gerobok Biru Gegak Gempita Raya: Festival Raya Terpanjang dan Terbesar di WTC Kuala Lumpur

Bulan Bintang Promosikan Baju Melayu Di Starhill, Netizen Pula Nampak Berhala?!