in ,

Sharnaaz Ahmad Kongsi Momen Sedih Kebumikan Bapa – “Aku Sayang Kau Pa”

Pelakon Sharnaaz Ahmad berkongsi momen sebak ketika mengiringi jenazah arwah ayahnya, Datuk Bazir Ahmad.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram, Sharnaaz dilihat menguruskan jenazah arwah ayahnya dari awal sehingga ke liang lahad. 

Pelakon filem Jebat itu turut memuat naik kapsyen yang menyentuh perasaan netizen berkaitan perkara tersebut.

“Hari kau menguburkan ayahmu, seorang budak telah mati dan seorang lelaki dilahirkan.”

Sharnaaz Ahmad

“Kau hantar aku ke tadika. Kau hantar aku ke sekolah. Kau hantar aku ke kolej. Kau hantar aku untuk menjadi pelakon lelaki terbaik. 

“Biarkan aku menghantar kau pulang untuk kali terakhir. Terima kasih kerana mengajarku ketika aku masih budak, remaja, lelaki, dan menjadi seorang ayah.

“Mungkin aku tidak sehebatmu. Tapi jangan lupa untuk membimbingku dari atas sana. Aku sayang kau, Pa,” tulisnya.

Sekadar info, ayah Sharnaaz dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada jam 1.40 pagi, Rabu lalu.

Sumber: Instagram

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Terima Komen Negatif Sebab Aset Disita, Influencer Pertahankan Datuk Vida – “Dia Wanita Hebat”

Raih Top 30 Dalam Miss Universe 2024, Sandra Lim Sasar Bidang Lakonan- “Saya Harap Dapat Jadi Pelapis Michelle Yeoh”