Walaupun sering dikaitkan dengan kontroversi, nama usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri ada kalanya menjadi pujian netizen.
Menerusi hantaran Datin Nur Shahida, isteri kepada usahawan itu berkongsi tentang suaminya yang menjalankan perniagaan baharu iaitu menjual jeruk selepas pulang dari Turki.
“Aku penat tengok laki aku ni tahu, tak habis jual produk dia jual beg, sekarang tengok dia jual apa.
“Dia jual jeruk pula! Balik Turki dia jual jeruk pula, kau tak ada kerja ke Aliff Syukri, kenapa kau jual jeruk, tolonglah Ya Allah,” ujar Shahida.
Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen majoriti netizen memuji sikap rajin Aliff Syukri yang sentiasa mempunyai idea dalam menjalankan bisnes.
“Aliff Syukri ni aku respect sebab apa benda yang boleh buat duit dia buat sampai jadi”
“Sebab tu lah dia antara pembayar zakat terbanyak, rajin,”
“Aku respect dia sebab tak penat kerja walaupun dah kaya,”
“Dia memang rajin dari zaman dia susah.”
Sekadar info, setakat artikel ini ditulis perkongsian itu meraih lebih satu juta tontonan dan hampir 70,000 tanda suka di TikTok.
GIPHY App Key not set. Please check settings