in ,

Macam Hotel 5 Bintang, Netizen Terpegun Lihat Tandas Rumah Aliff Syukri

Perkongsian isteri kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Nur Shahida di TikTok berjaya mencuri tumpuan netizen.

Menerusi video berdurasi satu minit tersebut, Shahida atau nama lengkapnya Nur Shahida Mohd Rashid membuat konten menunjukkan tandas dan bilik mandi di dalam rumahnya setelah diminta oleh seorang pengguna media sosial.

Apa yang lebih mengagumkan adalah setiap ahli keluarga juga mempunyai tandas khas yang disediakan untuk kegunaan masing-masing.

@shahidadherbs2

Replying to @manjahh korang ni macam macam kan. Dulu dah tunjuk meja makan. Skrg nak tengok toilet plak. Lepas ni nak tgk apa? Cuba komen

♬ original sound – Nur Shahida Mohd Rashid – Nur Shahida Mohd Rashid

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terpegun melihat kemewahan dan seni reka bentuk tandas yang seakan-akan setaraf dengan hotel lima bintang.

“Tandas dia lagi besar daripada bilik aku,”

“Tandas pun dah macam bilik tidur,”

“Tandas macam ruang tamu,”

“Macam istana punya, mewah betul.”

Sekadar info, setakat artikel ini ditulis hantaran itu meraih lebih 40,000 tanda suka dan hampir satu juta tontonan.

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Poey Stings, Happy Asmara, & Charly Setia Band Bakal Gegarkan Megastar Arena Februari 2025!

Aaisyah Tanya Che Ta Pasal Hutang MARA – “Sedih Tengok Ramai Orang Mengata”