Pelawak Shahrol Shiro berkongsi bahawa dirinya telah pun membuat laporan polis susulan dakwaan isu komedian, Harith Iskander yang dikatakan memuat naik posting mempersendakan agama Islam.
Menurut Shahrol atau nama lengkapnya, Shahrol Azizie Azmi, keterangan telah diberikan di balai polis Kluang berkaitan hantaran tersebut termasuk seorang lagi netizen yang meninggalkan komen menghina nama Nabi Muhammad.
“8.45 PM selesai merakam kenyataan di balai polis Kluang mengenai isu posting daripada saudara Harith Iskander.
“Di dalam ruangan komen menggunakan nama Cecelia Yap telah membuat satu komen tentang nabi junjungan kita Muhammad dibesarkan perkataan ‘HAM’ itu,” ujarnya.
Tambah Shahrol lagi, dia berharap agar pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas dan berharap agar isu agama tidak lagi sewenang-wenangnya ‘diperlucukan’.
“Sangat-sangat biadab, kita harap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas terhadap isu ini.”
“Harith yang telah membuka ruang untuk isu ini diperlucukan dan dipersendakan ini adalah satu perkara yang sangat kurang ajar.
“Jangan main-main tentang isu agama Islam ini,” getusnya.
Sekadar info, baru-baru ini Harith Iskandar telah memuat naik tentang satu minuman yang diberi nama sebagai Ham Sap Kopi.

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian adalah apabila Harith menyatakan imannya tergugat untuk menikmati kopi berikut kerana perkataan ‘Ham’ yang sinonim dengan daging khinzir.
GIPHY App Key not set. Please check settings