in ,

Beli Hartanah Di Usia Muda, Netizen Kagum Pencapaian Mierul Aiman

Pelakon meningkat naik, Mierul Aiman menyorot perhatian selepas satu video di TikTok menunjukkan dirinya berkongsi tentang pembelian hartanah yang dibuat baru-baru ini.

Menerusi hantaran individu yang dipercayai seorang ejen hartanah, video singkat itu memaparkan pelakon drama Project: High Council tersebut menyatakan sebab disebalik pembelian rumah di Kota Warisan, Sepang tersebut.

@rahimzulkifly

Salah seorang client saya yang membeli rumah Arena Residence 2 di Kota Warisan, Sepang. Tahniah untuk beliau kerana miliki rumah diusia muda 😎🤩👏🏻 Thank you so much @Mierul kerana mempercayai khidmat & servis saya. Moga dipermudahkan urusan dan selamat maju jaya.. Congratulations 😊✨ #RahimZulkifli #ChefHartanah #fyp #hartanahselangor #kotawarisan #foryoupage #Selangor #ioiproperties #arenaresidences #arenaresidences2 #highcouncil #amierulaiman #fakhri #kapla

♬ Acoustic guitar live performance Gentle and nimble in nature(1007339) – Melonest

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Mierul kerana berjaya memperolehi satu aset besar walaupun hanya berusia 27 tahun.

“Rezeki usia muda,”

“Tahniah Mierul!”

“Tahniah untuk Mierul kerana miliki rumah di usia muda.”

Selain itu, ada juga segelintir warga Sepang yang menzahirkan rasa teruja untuk bertemu aktor berkenaan di kawasan tersebut.

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Isteri Tak Setuju Aliff Syukri Keluar Lagu Raya Baru, Doa Minta Jauh – “Aku Tak Nak Dengar”

Ameera Khan Kongsi Saat Indah Sambut Birthday Jefri Nichol – “26 But Forever Be My Baby”