in ,

Hadir Majlis Ilmu Bersama Ibu Fattah Amin, Amira Othman Jadi Bahan Usikan Netizen – “Taaruf Dengan Bakal Mak Mertua”

Kemesraan antara pelakon, Fattah Amin dan penyanyi, Amira Othman bukanlah sesuatu yang sulit lagi dalam kalangan netizen.

Terbaharu, dalam satu video tular di TikTok, Amira Othman sekali lagi menjadi usikan netizen apabila pelantun lagu Bila Nak Kahwin? itu dapat dilihat berada di sebuah majlis ilmu yang turut dihadiri oleh ibu Fattah Amin iaitu Azizah Abdul Ghani.

“Taaruf dengan bakal mak mertua di majlis ilmu,” tulis kapsyen di video tersebut.

@user123706456

Sejukkkk hati jumpa bakal menantu di majlis ilmu 💙💙💙💙💙 #fattahamin #amiraothman #AMIRAcleforFATTAH

♬ Wanita Terakhir – Fattah Amin

Menjengah ke ruangan komen, majoriti warganet membuat jangkaan bahawa Fattah dan Amira akan berkahwin satu hari nanti.

“Aku rasa nanti mereka berdua ni kahwin juga,”

“Mak (Ibu Fattah) kahwin kan saja dorang ni, letih kami tunggu,”

“Aku restu kalau dorang kahwin.”

Dalam pada itu, ada juga segelintir yang beranggapan hubungan mereka hanyalah sebagai kawan biasa dan tidak lebih daripada itu.

“Mereka tak ada apa-apa pun, orang suka jodoh-jodohkan,”

“Rasanya dorang kawan je, tapi kalau kahwin, alhamdulillah.”

Sekadar info, sejak bulan lalu, nama Fattah dan Amira menular di media sosial selepas dikatakan menjalin hubungan cinta.

Namun, kedua-duanya menjelaskan bahawa hubungan mereka sebatas urusan kerja sahaja.

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Shah Rukh Khan Malaysia, Mamuji Impi Menyanyi Untuk Filem Bollywood 

Lepas Rindu 8 Tahun, Krisdayanti Bakal Adakan Konsert Di Malaysia Jun Ini!