in ,

Poey Stings, Happy Asmara, & Charly Setia Band Bakal Gegarkan Megastar Arena Februari 2025!

Buat peminat kumpulan Indonesia, Setia Band terutamanya vokalisnya Charly Van Houten pastinya tidak sabar menantikan konsert Muzik Harmony Setia bersama Charly Van Houten dan Pepeng, yang bakal berlangsung pada Februari depan.

Lebih istimewa apabila vokalis terkenal itu akan berkongsi pentas bersama beberapa barisan artis undangan antaranya Restu Van Houten, Poey Stings, Angga Chandra, dan Happy Asmara!.

Vokalis pop Indonesia itu bakal menyampaikan lebih kurang 18 buah lagu antaranya Biarkan Aku Jatuh Cinta, Jangan Pernah Berubah, Aku Masih Sayang, Saat Terakhir dan banyak lagi.

“Charly Van Houten dan Pepeng sangat teruja, bukan sahaja kerana berpeluang bertemu peminat-peminat mereka di Kuala Lumpur, malah mereka sudah tidak sabar untuk beraksi dan berkongsi pentas bersama artis undangan istimewa,” katanya dalam satu kenyataan.

Peminat juga berpeluang menyaksikan kolaborasi istimewa Charly bersama anak lelakinya, Restu Van Houten. Penyanyi dan komposer muda berbakat besar ini telah berjaya mencipta beberapa lagu hits seperti “Jangan Ada Kata Pisah,””Saranghaeyo,” dan yang terbaru, “Dan Ku”.

Turut memeriahkan pentas ialah Poey Stings, penyanyi Malaysia yang juga ahli kumpulan rock popular, Stings. Sebagai rakan baik Charly, Poey akan bergandingan dengan artis-artis lain untuk menjayakan malam istimewa ini.

Konsert yang bakal berlangsung lebih kurang 2 jam lebih itu akan menggegarkan Arena Megastar, Kuala Lumpur, pada 7 Februari 2025.

Peminat boleh mendapatkan tiket dengan harga promosi bersempena Hari Natal dan Tahun Baru, dengan harga berikut (untuk tiket kategori biasa/berdiri):

Combo 2 tiket – RM139

Combo 3 tiket – RM129

Combo 4 tiket – RM125

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Kipas Cucu Masa Tengok Bola, Netizen Terhibur Lihat Sisi Penyayang Rosyam Nor – “Punyalah Gengster…”

Macam Hotel 5 Bintang, Netizen Terpegun Lihat Tandas Rumah Aliff Syukri