in ,

Tukar Gaya Rambut, Netizen Samakan Muka Aisar Khaled Dengan Artis Hollywood – “Justin Bieber Campur Angelina Jolie”

Personaliti media sosial, Aisar Khaled sekali lagi mencuri perhatian netizen selepas wajahnya disamakan dengan aktres Hollywood, Angelina Jolie.

Menerusi hantaran di TikTok oleh Azril Muhammad, video tersebut memaparkan Aisar mahu mendapatkan potongan rambut sempena ingin bertemu bersama ibu kepada ‘influencer’ Indonesia iaitu Fuji.

“Saya nak potongan Rich Man. Esok ada ibu Fuji, jadi saya mahu awak potong rambut saya bahagian tepi supaya nampak berbeza dan lebih kacak lagi,” ujar Aisar kepada penggaya rambut.

@tukang_cukur_sumatra

Senyum malu nya itu lo mas @AisarKhaledd Tolong sampaikan ke beranda mba @Fujiiian #aisarkhaledd #fuji

♬ DJ MINANG GALODO KAMPUANG JO NAGARI – Bett – OP

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian netizen adalah hasil selepas potongan rambut tersebut di mana wajah Aisar disamakan dengan artis Hollywood seperti Justin Bieber dan Angelina Jolie.

“Macam Angelina Jolie,”

“Justin Bieber Melayu,”

“Macam Justin Bieber campur Angelina Jolie,”

“Macam Angelina Jolie pun ada, dia sesuai rambut panjang sikit macam dulu-dulu.”

Sekadar info, nama Aisar Khaled mula hangat di negara seberang apabila ramai warga Indonesia menyokong hubungannya bersama Fuji.

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Netizen Tanya Pasal Dahi Neelofa, Jawapan PU Riz Buat Ramai Terhibur – “Dahi Dia Sebab…”

Netizen Suruh Kahwin Dengan Jefri Nichol, Ini Respon Ameera Khan – “Amin…”