in ,

Buat Konten Dengan Anak, Netizen Puji Hisyam Hamid Awet Muda – “Macam Abang Dengan Adik”

Pelakon Hisyam Hamid mencuri tumpuan netizen setelah konten bersama anak perempuannya tular di media sosial.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok oleh akaun peminat Hisyam Hamid, dapat dilihat aktor drama Andai Tiada Dia dan puterinya, Nurish Syameliah meluangkan masa bersama.

Namun apa yang menarik perhatian wargamaya adalah wajah pelakon berusia 39 tahun itu yang disifatkan sebagai awet muda dan seakan-akan sebaya dengan anak perempuannya.

“Macam abang dengan adik je,”

“Macam adik beradik,”

“Bila kahwin muda, umur belum 40 lagi anak dah remaja. Cepat je anak-anak membesar,”

“Macam boyfriend dia pula.”

Sekadar info, Hisyam pernah mendirikan rumah tangga pengurusnya iaitu Rosmawati pada 2006.

Bahtera perkahwinan mereka bagaimanapun bertemu titik noktah selepas hampir 20 tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan, pasangan tersebut dikurniakan dua orang cahaya mata, iaitu Nurish Syameliah, 17, dan Haydeen, 15 tahun.

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Intan Najuwa Bersalin Anak Sulung – “Our Precious Imane Lunara”

Belanja Nyanyi Lagu Tokti, Netizen Rindu Syasya Dolla – “Setelah Sekian Lama”