in ,

PTTI Pecah Rekod! Raih Dua Pengiktirafan MBOR Termasuk 18,432 Gred A dan 400 Pelajar Straight A’s

Pusat Tuisyen dan Peningkatan Akademik (PTTI) sekali lagi mencipta sejarah apabila berjaya menghimpunkan lebih 4,000 pelajar SPM dalam program jelajah akademik Road Tour Mula Awal Skor A+ SPM PTTI yang berlangsung di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam.

Seminar mega ini dianggap antara yang terbesar pernah dianjurkan oleh PTTI, dengan penyertaan luar biasa dari seluruh negara – lebih 3,000 pelajar daripadanya dari negeri Selangor sahaja.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman, sambutan yang diterima sangat memberangsangkan dan membuktikan minat tinggi para pelajar untuk bersedia menghadapi SPM.

“Ini adalah seminar tradisi kami yang dinamakan Road Tour Score A+, dan tahun ini kami berjaya menarik kehadiran pelajar dari seluruh negara. Di Selangor sahaja sudah mencecah lebih 3,000 pelajar,”
– Siti Farhana Abu Osman, Ketua Pegawai Eksekutif PTTI

Beliau turut menambah bahawa pendekatan PTTI bukan sekadar mengajar teknik menjawab soalan, tetapi memberi fokus khas kepada subjek kritikal seperti Sains Tulen dan Matematik.

“Silibus hari ini semakin mencabar. Kami di PTTI sentiasa mencari cara paling berkesan untuk bantu pelajar. Fokus kami adalah memastikan pelajar benar-benar faham dan mampu skor cemerlang,” katanya.

Sejak ditubuhkan, PTTI telah menjadi pilihan utama pelajar dan ibu bapa. Dengan pengalaman lebih 10 tahun, pusat ini telah melahirkan lebih 800,000 pelajar berjaya.

Tahun ini sahaja, 400 pelajar SPM 2024 dari PTTI berjaya meraih keputusan ‘straight A’. Ini sekaligus menyumbang kepada pencapaian luar biasa PTTI yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR).

Dua pengiktirafan berjaya dirangkul – Most Straight A’s in a Tuition (400 pelajar) dan Most SPM Grade A’s Obtained by a Tuition dengan rekod 18,432 gred A.

Lebih istimewa, seminar ini turut diserikan dengan kehadiran ikon belia dan motivator seperti Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, serta selebriti popular Bella Astillah yang berkongsi pengalaman mereka sebagai inspirasi buat pelajar.

Barisan artis lain yang turut hadir memberi semangat termasuk MK K-Clique, Iman Troye, Zaki Yamani, Nabila Razali, Space Dollah, dan Asyraf Khalid.

Program ini bukan sekadar sesi pembelajaran, tetapi turut menjadi platform membina keyakinan diri dan menyuntik motivasi sebelum menghadapi peperiksaan sebenar.

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Under 18 x Klepet: Aksi Nadhir Nasar & Aedy Ashraf Kini Dalam Komik Eksklusif!

Tealive Kini Dalam Bentuk Sachet – Nikmati Teh, Kopi & Coklat Gaya Kafe Bila-Bila Masa