Pelakon Sharifah Sakinah mendedahkan bahawa dirinya pernah bekerja di kafe internet suatu ketika dahulu.

Perkara itu dikongsikan menerusi podcast Sembang Selebriti yang dikendalikan personaliti radio, Fizi Ali.
Menurut pemilik nama sebenar Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired tersebut menyatakan pekerjaannya sebagai seorang penjaga kaunter ‘cyber cafe’ tidak diketahui sesiapa termasuklah ibunya sendiri.
“Saya suka cyber cafe dulu, lepas tu tak ada duit nak pergi cyber cafe jadi saya bekerja sebagai penjaga kaunter dekat cyber cafe.”
Sharifah Sakinah
“Tapi sebenarnya sekejap sahaja, satu jam. Semua orang tak tahu, termasuk mak saya pun tak tahu, entah-entah ini dia baru tahu,” kongsi aktres itu.
Selain itu, aktres berusia 35 tahun berkenaan juga sempat berkongsi pengalamannya ditegur oleh pengarah Michael Ang kerana tersalah mengambil skrip ketika di awal permulaan karier lakonannya.
“Saya awal-awal dah kena maki dengan Michael Ang. Sebab kali pertama berlakon saya terambil skrip Erra Fazira,” kongsinya.
Sekadar info, setakat artikel ini ditulis hantaran itu meraih lebih 100,000 tontonan dan hampir 5,000 tanda suka di TikTok.
GIPHY App Key not set. Please check settings