Usahawan sensasi, Kak KM menyatakan dia tidak pernah melakukan sebarang perubahan terhadap bahagian hidungnya.

Perkara itu dikongsikan menerusi satu sesi siaran langsung apabila seorang netizen mendakwa bahawa Kak KM telah menjalani pembedahan kosmetik pada bahagian wajah.
Tidak berdiam diri, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli menjawab kepada dakwaan tersebut sambil menyentuh hidungnya secara agresif bagi membuktikan ia tidak pernah dibedah.
“Hidung buat? Tak buat. Tak buat apa-apa sumpah!
“Kalau aku buat, dia tak boleh macam ni (sambil sentuh hidung), mana boleh!
“Ni batang hidung pun tak sekata, nampak tulang tertimbul ni.”
Kak KM
“Kalau buat hidung tak boleh buat tulang tertimbul ni,” ujarnya.
Beralih ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan reaksi yang ditunjukkan oleh Kak KM.
“Rilek giler dia handle haters,”
“Mujur Kak KM tak hamun orang yang tanya tu,”
“Kak KM original cantik.”



GIPHY App Key not set. Please check settings