in ,

Elizabeth Tan Dedah Alami Keguguran Kali Kedua, Mahu Perlahankan Karier Seni Demi Timang Cahaya Mata

Impian penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan untuk menimang cahaya matanya sekali lagi tidak kesampaian apabila mengalami keguguran buat kali kedua beberapa bulan lalu.

Menurut pelantun lagu Knock Knock itu dirinya mengalami keguguran sewaktu kandungannya memasuki usia tujuh minggu.

Namun begitu, Elizabeth Tan reda dan menganggap dia dan suami masih belum mempunyai rezeki untuk menimang cahaya mata.

“Tahun ini agak sukar untuk saya sebab saya mengalami keguguran dua kali.”

Elizabeth Tan

“Keguguran kedua ini berlaku beberapa bulan lalu ketika saya hamil tujuh minggu.

“Bukan isu kesakitan yang ditanggung tetapi harapan untuk menimang cahaya mata apatah lagi saya dan suami teruja mendapat zuriat tetapi sekali lagi tiada rezeki,” katanya.

Dalam masa yang sama, penyanyi yang mesra disapa Lizzy ini meluahkan rasa lega selepas doktor memaklumkan dirinya dan suami tidak mempunyai sebarang masalah untuk mendapatkan cahaya mata.

Tambah Lizzy, dia merancang untuk memperlahankan perjalanan karier seninya jika diberikan peluang dan rezeki untuk mengandung kelak.

“Mungkin saya akan memperlahankan kerjaya seni kerana badan saya tidak senang ‘lekat’ dengan kandungan tersebut.

“Saya akan jaga sebaiknya dan tidak terlalu aktif,”jelasnya.

Sementara itu, Lizzy menyifatkan kemenangannya di Festival Filem Malaysia Ke-33 (FFM 33) sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik sedikit sebanyak telah mengubat luka akibat keguguran yang dialami sebelum ini.

“Saya terkejut dan bersyukur atas kemenangan ini. Saya jangkakan orang lain yang menang sebab kalau lihat pada lakonan saya, masih banyak yang perlu diperbaiki,” ujarnya.

Sekadar info, Lizzy dan suaminya Siew Jim mendirikan rumah tangga pada 21 Mac 2021 namun masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.

Lizzy juga pernah membuat pendedahan mengalami keguguran dalam satu sidang media bersama pengamal media pada April lalu.

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

‘Sapu’ Tujuh Anugerah, Filem Imaginur Menang Filem Terbaik FFM 33

Sharifah Sakinah Dedah Pernah Bekerja Di Cyber Kafe – “Semua Orang Tak Tahu, Termasuk Mak Saya”