Kes khalwat antara penyanyi Aliff Aziz dan pelakon Ruhainies mendapat perhatian apabila mereka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan pada Rabu (3 Julai) , atas tuduhan berkhalwat di sebuah kondominium, empat bulan yang lalu.
Aliff Aziz dan Ruhainies telah mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan melakukan khalwat pada 9 Mac, yang lalu.

Kedua-duanya diwakili oleh peguam Hadi Salleh dan Amirul Ashraf Ghani. Aliff dan Ruhainies membuat pengakuan mereka di hadapan Hakim Syarie Abu Suffian Abu Yaziz di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur secara berasingan.
Ruhainies dan Aliff juga membuat pengakuan yang sama di hadapan hakim selepas tuduhan terhadapnya dibacakan.

“Saya faham. Saya mengaku tidak bersalah dan memohon perbicaraan,” katanya.
Aliff dan Ruhainies
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa berada bersama yang bukan isteri, suami, atau mahram dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa mereka melakukan perbuatan tidak bermoral.
Kesalahan tersebut didakwa berlaku di sebuah kondominium di Bukit Bintang pada jam 12.35 pagi, 9 Mac lalu.

Ruhainies dan Aliff didakwa di bawah Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27(b) akta yang sama, yang membawa denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih daripada dua tahun, atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.
Pada 20 Jun, mereka juga hadir di mahkamah untuk lanjutan bon jaminan berkaitan kes khalwat tersebut. Perbicaraan telah ditangguhkan ke 12 Oktober dan bon jaminan untuk kedua-duanya juga telah dilanjutkan.
GIPHY App Key not set. Please check settings