in ,

Aliff Aziz Ajak Pengikut Amalkan Selawat – “Jangan Rasa Perlu Jadi Orang Baik Untuk Sebarkan Kebaikan”

Selebriti kontroversi, Aliff Aziz mengajak orang ramai di media sosial untuk berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram Story, Aliff atau nama sebenarnya Mohammad Aliff Bin Aziz memberi peringatan kepada pengikutnya berkaitan ganjaran yang dapat diperolehi daripada amalan tersebut.

“Jom sama-sama kita cuba amalkan selawat yang sangat ringkas tapi sangat besar fadilatnya. 1,000 kali setiap hari selama 40 hari tanpa putus.”

Aliff Aziz

“Dan azamkan semoga Allah izinkan kita beramal sampai hati kita dijemput kembali kepadaNya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Aliff turut menitipkan nasihat supaya tidak menunggu untuk menjadi individu yang sempurna dalam menyebarkan kebaikan.

“Jangan rasa perlu tunggu jadi orang baik untuk sebarkan kebaikan.

“Dengan sebarkan kebaikan, kita minta Allah jadikan kita semua orang yang baik,” katanya.

Sekadar info, Aliff Aziz pernah mendirikan rumah tangga bersama aktres, Bella Astillah pada 9 September 2016.

Sepanjang melayari bahtera perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3. 

Pasangan selebriti itu bagaimanapun sah berpisah pada 13 Jun lalu setelah Aliff Aziz terpalit dengan kes khalwat bersama pelakon, Ruhainies di sebuah kondominium.

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Fattah Amin Cadang FINAS Ambil Berat Tentang Pemain Industri, Mahu Karya Tanah Air Sampai Peringkat OSCAR

Minta Nak Empat Isteri, Netizen Terhibur Dengar Doa Zul Ariffin – “Buat-Buat Tersasul Pulak”