in ,

Syazwan Shuhaimi Kembali Dengan ‘Cinta Ke Syurga

Syazwan Shuhaimi, seorang artis di bawah label hiburan terkenal tanah air, telah melancarkan single terbaru beliau berjudul “Cinta Ke Syurga” setelah lebih dari dua tahun.

Lagu ini, hasil karya Aiman Sidek, adalah sebuah lagu yang menyentuh hati dan diilhamkan oleh majlis perkahwinan.

Syazwan berkongsi inspirasi di sebalik lagu ini, mengatakan bahawa ia datang dari pengalamannya menghadiri majlis perkahwinan rakan-rakan dan saudara-mara. Dia ingin mencipta lagu perkahwinan yang sesuai untuk momen bahagia tersebut.

Lagu ini bertujuan meraikan kisah-kisah cinta orang ramai dan berharap hubungan mereka akan kekal bahagia hingga ke syurga.

Dalam proses penghasilan lagu, Syazwan bekerja rapat dengan Aiman Sidek. Dia mengakui kurang bersedia untuk sesi rakaman kerana sering melancong dan hanya sempat berlatih sekali sebelum masuk studio. Namun, proses rakaman berjalan lancar dan hasilnya memuaskan.

“Cinta Ke Syurga” dilancarkan pada 28 Jun 2024 dan boleh dimuat turun melalui iTunes serta dinikmati di platform digital seperti Apple Music, Deezer, KKbox, Spotify, YouTube, dan YouTube Music.

Lirik video rasmi lagu ini juga dilancarkan pada hari yang sama di saluran YouTube Rocketfuel Entertainment pada jam 9 malam.

Ditulis oleh Aina Azman

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Tidak Bersalah!- Aliff Aziz dan Ruhainies Tidak Mengaku Salah Tuduhan Khalwat

AirAsia X Lancar Laluan Baharu ke Nairobi, Kenya