in ,

Ramai Tak Puas Hati Aliff Aziz Jadi Hero? M. Nasir Yakin Hanya 4 Orang Boikot

Maestro muzik, Datuk M. Nasir tidak melihat seruan segelintir pihak untuk memboikot teater muzikal arahannya, Mansur & Liu, sebagai sesuatu yang perlu diberi perhatian susulan pemilihan Aliff Aziz sebagai teraju utama.

M. Nasir atau nama sebenarnya Mohamad Nasir Mohamed Sam, 69, berkata, keputusan memilih seseorang pelakon untuk menjayakan sesebuah watak perlu dibuat berdasarkan bakat dan kesesuaian, bukannya dipengaruhi pandangan peribadi.

“Yang nak boikot itu dalam empat orang, yang lain itu sokong. Kita kena pandang pada bakat, bukan suka-suka saja pilih.

BUZZ RINGKAS
ISU
M. Nasir berdepan seruan segelintir pihak yang mahu memboikot teater muzikal Mansur & Liu susulan pemilihan Aliff Aziz sebagai watak utama.

PENDIRIAN M. NASIR
Beliau menegaskan pemilihan pelakon dibuat berdasarkan kualiti bakat dan kesesuaian dengan watak.

WATAK
Aliff Aziz bakal membawa watak Sultan Mansur Shah dan bergandingan dengan Melinda Dadew sebagai Liu.

PROJEK LAIN
M. Nasir turut bakal mengadakan konsert Magnum Opus M. Nasir dekad ke-5 pada 5 Disember di Istana Budaya.

“Setelah ambil kira macam-macam, saya dapati saya pun sebenarnya baru kenal. Bagi saya, dia memang cocok dengan peranan itu,” katanya.

Menurut M. Nasir, perkara yang lebih menjadi keutamaannya ketika memilih barisan pelakon adalah kesungguhan serta komitmen seseorang dalam melaksanakan tugasan.

“Saya suka orang yang bekerja bersungguh-sungguh. Selalunya hidup ini kita berdepan dengan pilihan.

“Jadi, selalunya pilihan selalu memberi kita tekanan tapi saya harap saya boleh menghadapi perkara itu semua dengan fikiran rasional,” katanya lagi.

Aliff Aziz Bawa Watak Sultan Mansur Shah

Sebelum ini, M. Nasir mengumumkan pementasan Mansur & Liu yang menyaksikan Aliff Aziz dipilih untuk menghidupkan watak Sultan Mansur Shah.

Aliff bakal bergandingan dengan Melinda Dadew yang membawa watak Liu dalam teater muzikal tersebut.

Pemilihan Aliff sebagai watak utama bagaimanapun mencetuskan reaksi daripada sesetengah pihak yang mengaitkannya dengan kontroversi yang pernah dilalui penyanyi dan pelakon berkenaan.

Namun, M. Nasir tetap mempertahankan keputusannya dan melihat Aliff sebagai individu yang bersesuaian dengan karakter yang diberikan.

M. Nasir Bakal Temui Peminat Menerusi Konsert

Sementara itu, M. Nasir juga bakal kembali ke pentas menerusi konsert Magnum Opus M. Nasir dekad ke-5 yang dijadualkan berlangsung di Istana Budaya pada 5 Disember ini.

Tiket bagi konsert berkenaan akan mula dijual pada 21 Ogos menerusi laman sesawang www.illassotickets.com.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Aisha Retno Puji Tiwikarma, Mahu Berguru Dengan K.O.I