in ,

FOTO Sekitar Konsert Live In Concert: Radja

Live In Concert: Radja yang diadakan di Arena Megastar, Sungei Wang anjuran Orange International Entertainment telah berjaya menghiburkan lebih 5,000 penonton.

Menyanyikan sebanyak 16 buah lagu, Radja, yang dianggotai Ian Kasela (vokalis), Moldy Kusnadi (gitar) dan Seno Aji (dram) memulakan persembahan dengan lagu Bulan, diikuti hits-hits mereka seterusnya seperti Selalu Jauh Dari Cinta, Wahai Kau Cinta, Cinderella Benci Bilang Cinta, Ga Ada Waktu, dan lain-lain.

Kemunculan ratu rock Malaysia, Ella Aminuddin menyanyikan lagu Jujur serta Ta’kan Melupakanmu telah menggamatkan lagi suasana konsert tersebut.

Radja memberitahu akan terus membuat kemunculan di Malaysia selepas menerima sambutan yang hangat dari peminat mereka.

“Ini adalah ‘new chapter’ buat Radja kembali ke Malaysian dengan respon yang sungguh luar biasa dari peminat semua, terasa momen ‘intimate’ itu sepanjang konsert berlangsung,” kongsi Ian.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

FOTO Sekitar Konsert Noah Menemaniku Kuala Lumpur

Aina Abdul Berhabis RM400,000 Untuk Busana Mega!