in ,

Rockqueen Gegaq Utara! Ella Cipta Sejarah Konsert Solo Pertama Di Batu Kawan

Ratu rock tanah air, Ella bakal kembali ke negeri kelahirannya menerusi penganjuran Majlis Tertinggi Rockqueen Ella: Homecoming Edisi 60 Permata Biru yang akan berlangsung pada 25 Julai 2026 di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan.

Konsert anjuran Hitman Solutions dan Rockqueen ini menjadi kesinambungan kepada kejayaan luar biasa edisi terdahulu di Stadium Nasional Bukit Jalil yang berjaya menghimpunkan lebih 55,000 penonton.

Lebih istimewa, konsert kali ini diadakan bersempena ulang tahun kelahiran Ella yang ke-60, sekali gus menjadikan malam tersebut penuh dengan nilai nostalgia, legasi dan emosi.

BUZZ RINGKAS
SIAPA
Ella bersama Hitman Solutions dan Rockqueen.

APA
Majlis Tertinggi Rockqueen Ella: Homecoming Edisi 60 Permata Biru.

BILA
25 Julai 2026.

DI MANA
Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan.

MENGAPA
Meraikan ulang tahun ke-60 Ella serta perjalanan seni hampir empat dekad.

BAGAIMANA
Melalui konsert berskala besar dengan mesej Peace. Love. Rindu.

Kepulangan Penuh Makna Buat Ella

Edisi Pulau Pinang ini bukan sekadar konsert berskala besar, tetapi simbol kepulangan Ella ke negeri asalnya selepas hampir empat dekad mencipta legasi dalam industri muzik tempatan.

Momen homecoming ini dijangka menjadi pengalaman yang cukup bermakna buat Ella dan para peminat setianya di Utara tanah air yang telah lama mengikuti perjalanan seni beliau.

Konsert ini turut mencipta sejarah tersendiri apabila Ella bakal menjadi artis pertama yang mengadakan konsert solo di Stadium Negeri Pulau Pinang yang turut dikenali sebagai Stadium Batu Kawan.

Muzik, Emosi & Mesej Dalam Satu Pentas

Majlis Tertinggi Rockqueen Ella bukan sekadar konsert hiburan, tetapi turut membawa mesej Peace. Love. Rindu. menerusi inisiatif kebajikan melibatkan peminat dan badan amal terpilih.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Hitman Group, Rohit Rampal berkata konsert ini menjadi sebuah pengalaman yang menyatukan peminat melalui muzik, emosi dan mesej yang dibawa.

Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin pula menyifatkan konsert ini sebagai refleksi perjalanan seninya sepanjang hampir empat dekad dalam industri muzik.

Menurut Ella, kepulangannya ke Pulau Pinang sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-60 menjadi momen istimewa kerana dapat kembali ke negeri asal dan bertemu peminat setia yang sentiasa menyokong perjalanan seninya sejak dahulu.

Pengalaman Lebih Dekat Dengan Peminat

Selaras dengan konsep inklusif konsert ini, harga tiket ditawarkan serendah RM39 bagi memastikan pengalaman tersebut dapat dinikmati pelbagai lapisan peminat.

Pemegang tiket Aras 3 bagi konsert terdahulu di Kuala Lumpur juga akan menerima akses awal pembelian tiket bermula 8 Mei 2026.

Selain peluang pembelian awal, mereka turut menikmati diskaun istimewa untuk kategori tertentu sebagai penghargaan kepada sokongan yang diberikan sebelum ini.

Tiket Dijual Bermula 11 Mei

Jualan tiket umum untuk Majlis Tertinggi Rockqueen Ella: Homecoming Edisi 60 Permata Biru akan dibuka secara rasmi bermula 11 Mei 2026 menerusi laman web rasmi Hitman Live.

Peminat boleh mendapatkan tiket untuk menjadi sebahagian daripada malam penuh legasi dan nostalgia ini dengan harga bermula serendah RM39.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Jaclyn Victor Turun Gelanggang! ‘Singer 2026 – Malaysia’ Bakal Jadi Medan Perang Vokal