Tuesday • 21 September 2021

Terkini

Hantar ‘Pikat Lines’ Memikat, Peluang Cari Jodoh Sambil Menang Hadiah Hawaya

Pertemuan dan jodoh itu aturan Allah SWT. Tiada siapa yang dapat menolak siapa sahaja jodoh yang telah ditentukan waima orang yang paling kita benci sekali pun mungkin dia adalah jodoh kita.

Pada generasi baharu zaman ini istilah ‘perigi mencari timba’ barangkali sudah tidak sesuai lagi apatah lagi wujudnya pelbagai program mencari jodoh seperti antaranya yang popular, ’Lagu Cinta Kita’ terbitan TV3 yang terbukti telah menyatukan pesertanya sebagai suami isteri.

Terbaharu, buat julung kalinya aplikasi mencari jodoh, Hawaya_Hq  yang mempunyai 19,500 pengikut menyemarakkan semangat perayaan  bulan Ramadan-Raya dengan memperkenalkn pertandingan ‘Pikat Lines’ melalui Instagram bersana personaliti TV Riena Diana dan pelakon Azrel Ismail.

Walaupun I puasa makan minum, I tak pernah berpuasa daripada menyayangi u”, ini antara contoh ‘pikat lines’ yang paling comel dan memikat ya tak?

Tentu korang mempunyai pelbagai kata-kata memikat seperti ini kan?

Apa pun jika korang kreatif apa kata masuk peraduan ‘Pikat Lines’ bersama artis kesukaan anda itu.

Pertandingan ini bukan sahaja mengukuhkan komitmen Hawaya untuk menggalakkan kaum Adam dan Hawa mencari cinta, ia juga membantu orang muda untuk mencuba sesuatu yang baharu dalam usaha mencari pasangan hidup. Kan kita sekarang berada dalam norma baharu kan?

Riena Diana dan Azrel Ismail dah pun mengumumkan mereka telah memuat turun aplikasi Hawaya untuk mencari “si dia”, namun, mereka memerlukan bantuan semua rakyat Malaysia untuk berkongsi ayat memikat yang terbaik di ruang komen Instagram mereka.

Setiap pemenang dengan ayat memikat paling kreatif akan  dipilih oleh Riena dan Azrel sendiri dan berpeluang untuk menerima langganan Hawaya Premium secara PERCUMA selama 6 bulan! 

Dengan Hawaya Premium, pengguna dapat menikmati kemudahan tambahan di dalam aplikasi seperti berkongsi ‘likes’ tanpa had, kebolehan untuk tahu siapa yang melihat profil mereka, ‘boost’ profil sendiri dan banyak lagi.

“Ayat memikat telah lama menjadi aktiviti seloroh dan penuh jenaka untuk memulakan perbualan dengan seseorang dan kami mahu lihat ia berkembang di kalangan rakyat Malaysia di samping membantu  mengurangkan tekanan dalam pencarian cinta,” kata Sameh Saleh, CEO dan Pengasas Bersama Hawaya

Hawaya merupakan teman setia bagi Muslim yang masih bujang dan mahu mencari jodoh dengan serius.

Ia membantu membina hubungan dan memastikan pengguna sentiasa selamat dan selesa sepanjang perjalanan mereka bersama Hawaya. Dengan pengalaman membina hubungan serius jangka panjang di seluruh dunia sejak 2017, Hawaya berharap supaya lebih ramai penduduk Malaysia dapat menemui keindahan cinta sebenar.

Hantarkan Pikat Lines terbaik anda kepada Riena atau Azrel dengan mengikuti 4 langkah mudah berikut. Pertandingan ‘Pikat Lines’ akan berlangsung dari 1 Mei sehingga 31 Mei. 

  • Langkah 1: ‘Like’ Halaman Instagram Hawaya di @hawaya_app

● Langkah 2: Muat turun aplikasi Hawaya

● Langkah 3: Hantarkan ‘Pikat Lines’ terbaik dan sertakan ID pengguna Hawaya anda dalam ruangan komen personaliti pilihan anda 

  • ïLangkah 4: Tag 2 rakan anda untuk turut sertai dan sertakan hashtag #hawayapikatlines

Jika ada yang nak cuba, maklumat lanjut dan berita terkini, boleh layari www.hawaya.com atau www.instagram.com/hawaya_app/.

Untuk rekod, Hawaya adalah aplikasi mencari jodoh khusus bagi Muslim yang belum berpasangan. Aplikasi Hawaya boleh dimuat turun di Apple App Store dan Google Play Store.

Nak cuba? Mana tahu kut jodoh anda ada di situ kan? 

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

Latest Posts

Video Terkini

Sentiasa bersama F8Buzz

Dapatkan artikel berita, inspirasi, gaya hidup & hiburan terkini, terus ke email anda. DAFTAR SEKARANG!