Wednesday • 22 September 2021

Terkini

Siapa Nak Belajar Percuma Sambil Tahan ‘Maki’ Tok Ram?

Maestro muzik tanah air terkenal, Datuk Ramli MS, 62, rancang mencari lebih kurang lima bakat baharu yang benar2 memiliki jati diri sebagai seorang penyanyi sepanjang zaman di bawah bimbingannya melalui pentas ‘Panggung Tok Ram’.

Bakat-bakat baharu yang dicari itu harus mempunyai minat mendalam dalam bidang seni dan yang diutamakan adalah remaja seawal usia 13 hingga 18 tahun.

“Saya bukan seorang pemimpin. Saya orang fizik. Ini bukan hanya harapan tapi melalui Panggung Tok Ram, saya mahu merekacipta seseorang menjadi artis profesional,” kata Ramli MS yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Tok Ram’ pada majlis pelancaran program realiti picisan, ‘Panggung Tok Ram’ yang berlangsung di Ladang 16, Farm Fresh@UPM baru-baru ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Opersi Farm Fresh, Azmi Zainal yang lebih popular dikenali sebagai ‘Boss Susu’ dengan taglinenya ‘Buah cempedak di luar pagar, Inilah baru susu segar’.

Menurut Ramli MS,   ‘Panggung Tok Ram’ bersyukur mendapat tajaan penuh dari Farm Fresh bagi mengendalikan program yang dijangka berlanjutan sehingga dua tahun.

Memegang prinsip era digital adalah era masa hadapan, Panggung Tok Ram bukan mahu mencari bakat yang berada di gelanggang seni setahun dua, namun mahu membiakkan anak seni yang sentiasa segar bertahun lamanya.

Mahu membiakkan pencinta seni khususnya penyanyi, Tok Ram  memberitahu beliau mahukan pelapis yang mempunyai bakat yang dikuniarkan Tuhan dan juga ada minda yang cergas.

“Saya mahu melatih otak mereka (train the brain)” malah saya akan salurkan data selama 47 tahun kepada mereka. Pendekata, apa yang ada dalam kepala saya, saya akan pindahkan kepada mereka,” kata Tok Ram mengenai inisiatif yang diambilnya ini.

Menganggap mereka yang terpilih mungkin bertuah namun ‘ini bukan kerja senang’, tambah Tok Ram yang dikenali ramai artis sebagai ‘sifu’ yang tegas. 

Sambung suami kepada penyanyi Aliyah ini, Panggung Tok Ram tidak akan menjadi sebuah panggung yang klise. Sebaliknya beliau mengatakan mahu bertanggungjawab memperkasa budaya menyanyi selain mahu mengasah pengetahuan tatasusila seni.

Melihat kepada ketegasannya, Tok Ram akui pencarian akan memakan masa beberapa bulan sebelum beliau dan pihak Farm Fresh menilai faktor X yang diperlukan untuk program ini.

Jadi kepada yang berminat untuk belajar bernyanyi dengan Tok Ram, bolehlah cuba nasib dengan menghantar demo nyanyian melalui whatsapp ke talian 013-6268839.

Dalam pada itu, Tok Ram memberitahu tidak akan menerima pelajar yang sudah bergelar artis tetapi mahu mengutamakan bakat baharu.

“Saya mahu mencari bakat baharu yang benar-benar mempunyai kualiti luar dalam. Mereka perlu serius hendak belajar dan tidak menggunakan peluang ini separuh jalan sahaja dan mereka perlulah tahan dengan cara saya mengajar,” akhiri Tok Ram yang merancang mengikat kontrak mereka yang lulus pengajian dalam tempoh 10 hingga 13 tahun.

“Sudah tentu ada yang mahu mendirikan rumah tangga atau melanjutkan pelajaran tetapi itu boleh dirunding kerana bukannya saya mahu mengikat mereka seumur hidup cuma mahu melahirka seorang penyanyi yang benar-benar profesional dan bertahan sepanjang zaman,” tambah Ramli MS.

Jadi adik-adik apa tunggu lagi, percuma je kut nak sertai ‘Panggung Tok Ram’ ini yang dijangka akan menggunakan ladang 16 FarmFresh@UPM sebagai lokasi latihan. 

Jangan takut, Tok Ram sebenarnya tak lah garang sangat, wajahnya je nampak bengis tetapi hatinya baik gitu walau pun kena maki hamun tetapi itulah proses pembelajaran. Tahan je la kan kalau nak femes!

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

Latest Posts

Video Terkini

Sentiasa bersama F8Buzz

Dapatkan artikel berita, inspirasi, gaya hidup & hiburan terkini, terus ke email anda. DAFTAR SEKARANG!