Wednesday • 22 September 2021

Terkini

‘Goodbye Hello’? Apa Ceritanya Syamel-Ernie?

Aik! Baharu je kahwin dan ‘Goodbye Hello’, apa cerita Syamel dan Ernie Zakri?

Jangan terkejut you alls, pasangan pengantin baru itu hanya berkata sedemikian sebagai judul single terbaharu mereka, ‘Goodbye, Hello’ atau dalam bahasa Melayu mudahnya bermakna ‘Selamat Tinggal, Helo’.

Goodbye Hello adalah hadiah terbaru daripada kami berdua buat peminat setelah mendirikan rumah tangga, ia mengenai pasangan kekasih yang tidak akan berpisah selama-lamanya, perkataan Goodbye yang sering kita ucapkan ketika hendak berlalu, kemudiannya dibalas dengan Hello, menggambarkan kemanisan sebuah perhubungan yang tidak akan terlerai kerana ikatan janji yang telah termeterai, “  ujar Syamel.

Malah menurut Pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35), Ernie Zakri, idea merakamkan single berkenaan dicetuskan Faizal Tahir dan Mike Chan apabila mereka menyatakan hasrat untuk berkolaborasi.

“Menurut mereka, lagu tersebut hanya boleh direalisasikan oleh kami berdua,” cerita Ernie.

Tambahnya lagi, setelah mendengar demo yang diberikan, beliau dan Syamel terus terpaut dengan melodi pop moden yang santai dan romantis.

“Selain itu kami juga diberi ruang untuk menulis lirik bersama bagi melengkapkan lagu tersebut,” ujar Ernie berhubung lagu single terbaharunya, terbitan Rocketfuel Entertainment dengan kerjasama Faithful Music.

Sambung Ernie, lagu berkenaan amat berlainan dengan lagu-lagu duet  mereka  terdahulu seperti ‘Aku Cinta’ dan ‘Takkan Terlerai’ dari segi genre, lirik dan mood yang memerlukan penghayatan lebih berat, manakala dengan ‘Goodbye Hello’ pula ia membangkitkan perasaan indah dan ceria buat pasangan kekasih atau suami isteri.

Proses pembikinan single Goodbye Hello yang memakan masa selama 2 hari untuk disiapkan berlangsung ketika negara masih berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Bercerita lanjut, Syamel menyambung:

“Pada hari pertama, kami berempat berbincang dalam sesi brainstorming mengenai pembahagian rangkap, kemudian hari kedua pula proses rakaman dilakukan, di mana ia memakan masa selama beberapa jam saja, dan banyak yang kami pelajari daripada kedua-dua komposer ternama sepanjang tempoh tersebut.”

Ernie menambah, “Fakta menarik yang ingin saya kongsikan di sini adalah proses penghasilan single tersebut berlangsung 3 hari sebelum kami bernikah, jadi bayangkanlah betapa bergegasnya kami mengejar masa, akan tetapi semuanya berjalan dengan lancar, Alhamdulillah.”

“Selain itu, rezeki turut menyebelahi kami apabila Syamel dan saya dipelawa untuk membintangi drama komedi bersiri 13 episod bertajuk ‘Kalau Dah Berbini’ yang akan ditayangkan pada bulan Ramadan ini di saluran Astro Warna.

Apa pun nasib baik judul tak berbunyi ‘Helo Goodbye’ sebab lain pula ertinya nanti. Iyalah dah berkenalan kata ‘helo’ atau kalau umat Islam kita sapa dengan “Assalamualaikum’ tetapi selepas tu ‘Goodbye’ atau ‘Selamat Tinggal’ pula kan?

Faham tak maksud Fuzz?

Semoga Syamel dan Ernie terus melayari bahtera perkahwinan hingga ke jannah!

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

Latest Posts

Video Terkini

Sentiasa bersama F8Buzz

Dapatkan artikel berita, inspirasi, gaya hidup & hiburan terkini, terus ke email anda. DAFTAR SEKARANG!