Tuesday • 27 July 2021

Terkini

Wah! Penari Ligat Kowachee Dah Ada Single ‘Pap Tapom’

Bila sebut pemilik nama ini, Putri Amani, tentu ada yang teragak-agak siapa gerangannya tetapi apabila disebut Kowachee pasti ramai mengenali bintang cilik yang menari bagaikan kilat ini.

Keperibadiannya yang ceria berserta kemahiran menari yang mengagumkan menjadikan Kowachee sangat disukai di Instagram, dengan hampir 70,000 pengikut sehingga kini.

Selepas bergelar Juara Ceria Megastar 2020, Kowachee, 12, semakin dikenali ramai malah bintangnya terus bersinar apabila daripada seorang atlet gimnastik artistik hingga kepada penari, anak kelahiran Selangor ini sudah bergelar penyanyi.

Pulak tu Kowachee merupakan artis rakaman paling muda yang pernah ditandatangani label muzik terkenal, Def Jam Malaysia.

Siapa sangka dalam tempoh negara berdepan pandemik COVID-19 sehingga ramai anak seni terjejas periuk nasi mereka,  Kowachee pula menyambut tahun 2021 dengan pelancaran single debutnya, berjudul ‘Pap Tapom’.

Wah! Ini bermakna Kowachee bintang kanak-kanak pertama yang membuka tirai tahun 2021 sebagai penyanyi cilik.

“Kebanyakan orang mengenali saya sebagai seorang penari, tetapi sebenarnya saya juga suka rap sebanyak mana saya suka menari dan membuat persembahan di atas pentas,” jelas Kowachee.

Menurut Kowachee yang bermula sebagai atlet gimnastik artistik PELAPIS Selangor pada usia 4 tahun, dan mewakili negeri tersebut sehingga  8 tahun. beliau memilih ‘Pap Tapom’sebagai single pertama kerana bunyinya mengingatkannya pada satu permainan yang biasa  dimainkan dengan tangan ketika kecil malah  ia juga kedengaran seperti langkah-langkah yang dibuat ketika menari.

‘Pap Tapom’ dihasilkan dan ditulis oleh produser muzik terkenal di dunia, Bryan B bersama Sophia Liana; salah seorang ahli kumpulan De Fam.

“Pada tahap profesional, Kowachee adalah artis rakaman termuda yang pernah saya bekerjasama,” kata Bryan, yang juga pernah bekerjasama dan menghasilkan muzik untuk Fazura, BATE, Simon Webbe, Guy Sebastian dan De Fam. 

Baru berusia 11 tahun ketika merakam lagu tersebut, Bryan berpendapat  Kowachee seorang penyanyi cilik yang cukup berbakat.

Ada ‘Pap Tapom Challenge’ you alls… siapa nak join?

“Hanya beberapa orang saja yang dilahirkan untuk menjadi penghibur, dan Kowachee adalah salah seorang daripada mereka,” ujar Bryan.

Sophia selaku mentor rap kepada Kowachee, menambah bahawa mereka ingin menghasilkan lagu yang sesuai dengan usia Kowachee. 

“Kami mahu lagu ini menjadi sesuatu yang menyeronokkan, yang dapat anda nikmati, dan paling penting mencerminkan tenaganya yang bersemangat,” ujar Sophia Liana.

Melahirkan rasa teruja dan ucapan terima kasihnya juga kepada Universal Music Malaysia dan Def Jam Malaysia kerana mempercayainya Kowachee berharap lagu sulongnya itu dapat diterima ramai.

“Saya harap semua orang akan suka lagu baru saya sepertimana saya suka membuatnya bersama Uncle Bryan dan Kak Sophia!.” akhiri Kowachee.

‘Pap Tapom’ kini boleh didengari di semua pelantar digital Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, YouTube Music dan Deezer, sementara video lirik boleh mula ditonton di saluran YouTube KowacheeVEVO.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

Latest Posts

Video Terkini

Sentiasa bersama F8Buzz

Dapatkan artikel berita, inspirasi, gaya hidup & hiburan terkini, terus ke email anda. DAFTAR SEKARANG!