Sunday • 24 October 2021

Terkini

Che Ta Elak Guna Kontroversi Jual Produk, Artis Pertama DiLantik Duta

Pelakon Rozita Che Wan,  46, tepis sebarang langkah menimbulkan kontroversi semata-mata mahu menjual produk agar laku.

“Jika produk dah bagus kenapa nak timbulkan kontroversi,  tak payah guna jalan salah, Kalau rezeki Allah nak bagi tak payah buat apa pun kerana rezeki tak pernah salah alamat,” komen Rozita Che Wn atau lebih popular disapa Che Ta yang kini merupakan satu-satunya artis lama membuka tirai tahun 2021 sebagai duta produk ‘MyLea’.

Majlis menandatangani kontrak selama setahun disempurnakan Che Ta bersama pengasas produk MyLea keluaran Amylea Group Sdn Bhd, Puan Amylia Farhana baru -baru ini.

Che Ta bersama Pengasas MyLea, Amylia Farhana. Foto kredit: Instagram @rozitachewan1.

Menurut pemilik nama sebenar, Rozita Abu Bakar ini, beliau sendiri sebagai usahawan tidak terlintas untuk menimbulkan kontroversi murahan semata-mata mahukan produk dikenali.

“Jenama jenama antarabangsa lain tak pernah nak timbulkan kontroversi kerana mahu dikenali semata-mata, dia orang terkenal dengan kekukuhan produk,” ulas Che Ta sambil berpendapat produk akan dikenali masa timbul kontroversi sahaja, selepas itu dilupakan.

Pun begitu, Che Ta melahirkan rasa syukurnya atas tawaran yang diterima walau pun pada usia menjangkau ke usia  50-an masih ada yang sudi menjadikannya duta.

“Selalunya duta produk kecantikan ditawarkan pada wanita berusia 30-an ke bawah. Tak sangka dah tua pun masih laku,” gurau Che Ta terharu.

Bercakap mengenai rutin kecantikannya Che Tak berpesan agar sentiasa cuci muka dan sapu krim malam sebelum tidor.

“Penat merangkak bagaimana sekali pun, kita harus mencuci muka bersih daripada solekan,” tegas Che Ta sambil bersetuju dengan pendapat Amylia agar amalkan minuman air kosong sebagai salah satu daripada mengekalkan kecantikan dan kesihatan luar dalam.

“Haa.,, bab minum air banyak-banyak tu saya sedang nak belajar sekarang,’ jawab Che Ta dalam ketawa kecil. 

Khabarnya, pelakon yang terkenal dengan loghat Utara Kedah ini tidak suka minum air kosong malah tekaknya tidak boleh menerimanya kecuali air berperisa seperti teh atau minuman lain yang manis.

Keterbukaannya untuk mengamalkan minuman air putih kosong bermula apabila suaminya, pelakon Zain Saidin dimasukkan ke hospital disebabkan sakit batu karang.

“Sekarang ini baharulah saya cuba belajar minum air kosong apatah lagi usia pun bukan muda lagi, “ jawab Che Ta.

Apa pun, tahniah Che Ta jadi selebriti pertama pada tahun 2021 ini yang dilantik duta sebuah produk kosmetik.

Dan tidak lama lagi wajah Che Tak akan terpampang pada papan tanda ‘billboard’ di sepanjang lebuh raya seluruh Malaysia mempromosikan produk MyLea khususnya ‘MyLea Freckles Serum’ dan ‘MyLea Freckles Bar’ yang antara keberkesanannya adalah merawat masalah jeragat, jerawat dan kulit kusam.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

Latest Posts

Video Terkini

Sentiasa bersama F8Buzz

Dapatkan artikel berita, inspirasi, gaya hidup & hiburan terkini, terus ke email anda. DAFTAR SEKARANG!