Pelakon Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta, membuat laporan polis selepas seorang individu melemparkan kata-kata kesat terhadap anaknya, Aaisyah Dhia Rana, termasuk menyamakan pakaian kanak-kanak itu seperti seorang pelacur.
Che Ta, 50, berang dengan tindakan biadab itu dan nekad mencari individu yang menghina anaknya tanpa memikirkan akibat.
“Malas cakap banyak. Aku serahkan segalanya kepada pihak berkuasa. Siapa yang kurang ajar mengata anak aku, kau tunggu,” katanya.
Dalam InstaStory, Che Ta turut memberi amaran kepada pelaku, mengatakan dia akan mencari individu terbabit.
“Kalau tidak pun tunggu, aku akan cari sampai lubang cacing,” tegasnya.
Rozita membuat laporan polis di Balai Polis Kota Damansara meskipun akaun individu tersebut sudah hilang. Namun, dia tetap berusaha menjejaki pelaku sehingga dapat ditemui.
“Tiada masalah akaun Instagram hilang. Aku akan cari sampai lubang cacing.”
Rozita Che Wan
Che Ta turut dilihat pergi ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk melaporkan isu yang sama.
Kontroversi bermula apabila seorang netizen menyamakan pakaian Aaisyah dengan pelacur dan mengatakan dia tidak layak menerima wang hantaran tinggi.
Komen tersebut muncul selepas sebuah video TikTok Aaisyah dimuat naik, disertai tajuk yang menimbulkan salah faham di kalangan netizen.
GIPHY App Key not set. Please check settings