in ,

“Wang Hantaran Aisyah Mungkin RM900,000” – Che Ta

Pelakon Rozita Che Wan menasihati anaknya, Aaisyah Dhia Rana, 10, tentang pentingnya menguasai ilmu rumah tangga.

Menurut Che Ta, wanita perlu pandai berdikari dan mahir kerja rumah jika inginkan wang hantaran tinggi.

“Nak duit hantaran tinggi, kena pandai buat kerja rumah macam mummy,” katanya. 

@rozitachewan1

Aaisyah, kalau mak hang hantaran 93 qibu , aaisyah nanti kena 900 qibu 🤣🤣🤣🤣 Kalau pegang sendok pun tk qeti , jadi anak daqa tua nanti .. Tp aaisyah tip top kan🤪 . #aaisyahdhiarana #cheta #rcw #rozitachewan #fyp

♬ original sound – Abg Pau ⭐️ – Abg Pau ⭐️

Dia juga menekankan kepentingan mengaji dan solat. Dalam video TikTok terbarunya itu, Che Ta bergurau bahawa wang hantaran Aaisyah mungkin mencecah RM900,000, lebih dari RM93,000 yang diterimanya dulu. 

Aaisyah turut mencuci pinggan dan berkata itu caranya untuk mendapat hantaran tinggi. Che Ta menyindir, “Kalau tak pandai pegang senduk, jadi anak dara tua nanti.” 

“Kita nak hantaran tinggi-tinggi, kena lah basuh pinggan banyak-banyak,”

Netizen terhibur dengan perbualan dua beranak itu. Mereka memuji Aaisyah yang rajin membantu walaupun baru berusia 10 tahun.

Che Ta juga mendapat pujian kerana mendidik anaknya dengan kemahiran rumah tangga dan agama.

Selain Aaisyah, Che Ta mempunyai dua lagi anak lelaki dari perkahwinan pertamanya, iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra.

Ditulis oleh Shafadzlin Shaharir

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Putus Lagi? Taylor Swift Tepis Khabar Angin ‘Cinta Kontrak’

‘Tiada Tawaran Berlakon Sejak Bergelar Mualaf’