in ,

Syamel Dalam ‘Halusinasi’. Ada Masalah Dengan Ernie Ke?

Baharu sahaja lima bulan bertunang, dah kenapa pula penyanyi popular tanah air yang sentiasa tampil dengan imej gentlemen dan bersuara lantang nampak dalam keadaan ‘halusinasi’ tu?  

Melihat pada penampilannya  yang duduk termenung keseorangan, tentu ada yang tertanya-tanya apakah Syamel sedang menghadapi masalah  dengan Ernie? Maklumlah orang kata tempoh bertunang ni perlu kesabaran kerana banyak dugaan.

Apa pun, itu kata orang, peminat-peminat Syamel  janganlah ‘Gundah’ seperti kata Ernie dalam lagunya, kerana sebenarnya tunangannya itu hanya berhalusinasi melalui lagu terbaharunya yang diberi judul ‘Halusinasi’.

Pemilik nama penuh Syameel Aqmal Mohd Fodzly atau lebih terkenal dengan nama Syamel sahaja tu sudah melancarkam single terbaharunya yang lebih menyengat pada hari ini (15 Januari 2020), jadi tentulah dia resah gelisah menantikan reaksi peminatnya ya tak?

Halusinasi ’,mengisahkan tentang sebuah hubungan sepasang kekasih yang telah hambar dan tiada persefahaman lagi. 

“Jalan terakhir adalah untuk meninggalkan kisah cinta yang telah terkubur itu namun pasangannya seakan berhalusinasi untuk melepaskannya, dan dia akhirnya terperangkap dalam situasi tersebut,” begitu ceriteranya lagu yang ditulis oleh Syamel sendiri ini dengan sentujan istimewa dari segi melodinya oleh komposer terkenal negara, Iqie Hugh dan Omar K.

Jika korang ikuti perjalanan Syamel tentu tahu bahawa penyanyi berasal dari Kuala Lumpur ini hampir setahun menyepi tanpa lagu baharu mungkin kerana sedang giat mengusahakan perniagaan Se-Table Cafe di Platinum Walk, Setapak, bersama tunangnya, Ernie Zakri.

“Saya kini lebih banyak menghabiskan masa menguruskan perniagaan yang baru saya jalankan bersama Ernie namun begitu, itu tidak bermakna saya akan meninggalkan bidang nyanyian kerana itu merupakan minat saya yang pertama,’ kata Syamel.

Foto Kredit: Syamel_official.

Jadi, setelah hampir satu tahun tanpa mengeluarkan single terbaru, Syamel berpendapat masanya sudah tiba untuknya kembali dengan lagu baharu bagi mengubati rindu peminat-peminatnya.

Cerita Syamel, idea ‘Halusinasi’ datang apabila komposer Iqie menghantar demo melodi kepadanya.

“Saya terus terpaku dan kami mengambil masa selama satu hari untuk melakukan proses rakaman walau pun tergendala seketika ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikenakan tetapi  sejurus tamat tempoh tersebut, kami meneruskan dengan kerja mixing dan penambahbaik,” jelas Syamil.

Pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juala Lagu (AJL) ke-32 lalu itu menganggap ‘Halusinadi’ membawa kelainan dalam genre lagu berbanding lagu-lagu balada yang biasa dibawakannya sebelum ini.

“Kali ini ia ada groove.” tambah Syamel sambil memberitahu persembahan video muzik untuk lagu ‘Halusinasi’ kelak beliau akan menari.

Sambungnya, jika penonton ingin tahu lebih lanjut kenalah nantikan pelancaran video muziknya itu tidak lama lagi malah berharap semua pendengar akan terhibur dengan ‘Halusinasi’, dan teruskan menyokong kerjayanya.

Lagu ‘Halusinasi ’ boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer. 

Manakala video muzik lagu tersebut juga boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Entertainment. 

Moga hubungan Syamel dan Ernie sampai ke jinjang pelamin dan tidak sampai berhalusinasi begitu ya! Simpang malaikat 44!

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Dayang Nurfaezah Pilih ‘Tudung Periuk’ Segarkan ‘Belagu’, Masih Guna Hael Husaini

Che Ta Elak Guna Kontroversi Jual Produk, Artis Pertama DiLantik Duta